Kali kedua bertugas di Kemaman. Kali ini sempat berjalan-jalan keliling kawasan sekitar Kertih.
Kawan kata ada kawasan lepak best di Pantai Kemasik. Ambil gambar pun cantik katanya. Bos pun suka pemandangan kawasan sekitar sini. Aku pun layankan sahaja.
Kat sini ada gerai jualan makan petang. Kami order ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung & pisang goreng. Memang sedap yang amat. Makan tatkala panas-panas pada saat angin pantai bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ohhh memang nikmat.
Lepas makan, kami pun lepak menikmati pemandangan pantai. Aku tengok, ramai juga penduduk tempatan yang datang singgah makan / nikmati pemandangan pantai di sini.
Serius cantik. Binaan batu semulajadi yang ada kat sini pun menambah lagi keunikan dan keindahan pantai kat sini. Terasa tenang yang amat.