MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Secara jujurnya, sampai sekarang aku masih lagi kabur dan keliru akan sambutan kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun ini. Kemerdekaan / hari kebangsaan yang bagaimanakah sedang diraikan ini? Konsep penjajahan yg bagaimana . . . pun aku masih kabur. Walhal subjek sejarah utk SPM aku dapat A1. Pengsan. . .belajar tak habis kot. Kekadang aku keliru antara fakta yang ada dan realiti yang sedang aku hadapi / lihat / dengar.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 55

Bagaimana cara aku mengisi cuti sempena Hari Kebangsaan pada hari ini?

1. Berbasikal area Dataran Putra, Dataran Wawasan dan Dataran Rakyat. Aku tak bawak camera tadi. Rugi cz pemandangan pun cantik2. Banyak bus yang datang Putrajaya hari ini. Tengok gaya semuanya macam nak pergi Stadium Nasional Bukit Jalil malam nie je 🙂

2. Masak lebih cikit cz aku nak makan lebih cikit hari ini. Ketam masak sambal + Ketam masak lemak + Ayam masak asam pedas. Lauk biasa je nie. Orang bujang. . . Nak kawin xcukup duit. Kerja pun yang yok lagi nak kawen mendanya haha. Gila jap

image

image

image

image

Sebenarnya, lama dah aku mengidam nak makan ketam. Nak makan kat luar mesti mahal kot. Tu yang gigih lepas berbasikal terus p Mydin. Lucky ada ketam. Redah jugak lah cz orang ramai sangat kat Mydin tadi. Gigih u ollz.

Petang nie macam nak pergi The Mines. Nak gunting rambut. Hope akak Ayus ada hari ini 🙂 orang lain aku tak mau kot.