Klairs Supple Preparation Facial Toner Review Malaysia

Setakat ini, aku sudah mencuba beberapa jenis produk / jenama yang berfungsi sebagai toner / essence. Yelah, kekadang dalam produk itu ada dinyatakan fungsi 2 dalam 1. Terasa tangan gatal nak mencuba produk lain pula. Kali ini, aku mencuba jenama Klairs Supple Preparation Facial Toner. Hurmm, aku pun tak tahu kenapa nama dia panjang sangat.

Untuk permulaan, aku beli pack kecil bersaiz 30ml je. Beli untuk kegunaan oustation atau urusan luar di Homestay. Sama seperti toner-toner lain yang aku pakai sebelum ini, sifatnya lebih kurang sama je pun. Bezanya, untuk Klairs Facial Toner ini, dia ada bau sedikit. Tak kuat sangat. Tapi just nice. Cumanyam untuk orang macam aku, memang agak tidak berminat untuk produk berbau (kalau ada pilihan).

Antara kebaikan produk ini yang dicanang-canang adalah melembap, menstabilkan ph, membersih dan melembutkan kulit dan ia dperbuat dari sumber tumbuh-tumbuhan (vegan friendly).

Klairs supple preparation facial toner ingredients

Water, Butylene Glycol, Dimethyl Sulfone, Betaine, Caprylic/Capric Triglyceride, Natto Gum, Sodium Hyaluronate, Disodium EDTA, Centella Asiatica Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Polyquaternium-51, Chlorphenesin, Tocopheryl Acetate, Carbomer, Panthenol, Arginine, Luffa Cylindrica Fruit/Leaf/Stem Extract, Beta-Glucan, Althaea Rosea Flower Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Hydroxyethylcellulose, Portulaca Oleracea Extract, Lysine HCL, Proline, Sodium Ascorbyl Phosphate, Acetyl Methionine, Theanine, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Pelargonium Graveolens Flower Oil, Citrus Limon (Lemon) Peel Oil, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Peel Oil, Cananga Odorata Flower Oil, Copper Tripeptide-1.

Setakat ini, aku puas hati. Selepas habis botol ini, aku bercadang nak beli botol yang lebih besar. Sebab nampak serasi pula dengan aku. Biasalah, aku memang suka produk yang melembabkan kulit muka. Lagipun, setakat ini ia tidak membuatkan kulit muka aku meradang atau kemerahan. Which is, OK for me.