Setiap minggu, sekurang kurangnya 2 kali mesti akan pergi ke KLCC. Tujuan : makan, beli baju, jalan jalan, jumpa orang etc.
Rumah kedua je rasanya. Ingatkan sejak tukar tempat tinggal nie, aku tidak akan jejak shopping mall kat KL. Rupanya tak. Makin kerap singgah kaedahnya.
Lama tak pergi KLCC 🙂 1001 kenangan dan bla bla bla ada di sini haha.
Emmmm. . . Makin meriah dan ramai orang. Irama pancutan air nya pun makin cantik. Nice. Ada 3 situasi yang buat aku suka pada KLCC ini. Pertama, disinilah tempat mula mula aku jejak di KL ini. Itu pun cz kawan dan akak kawan aku ajak datang sini. Jimba jimba tgk taman awam KLCC yang cantik. Time tu aku study lagi. Kalau dapat jejak KLCC tu memang hebatlah gamaknya.
Kedua, disinilah tempat aku dapat makan dan minum free kat Coffee Bean 🙂 ahaks. Dalam satu bulan tu, at least 2 kali jgk lah pergi sini. Rasa coffee disini lebih smooth dan ringan berbanding starbuck kot
Ketiganya, disinilah aku berkenalan / lepaking dgn Su 🙂 aku kenal Chili’s pun kat sini. Aku dok start balik on time pun bermula daripada sini hahaha. Makan Burger King dan Nando’s yang super yummy yummy. Mungkin, lepas ini akan ada banyak lagi kot memory2 yang touching2 kat sini. Siapa tahu? Andai kata aku tahu bila aku akan mati. . . Aku pasti akan singgah dahulu disini. Pengsan
Aku bukanlah seorang yang suka makan kat tempat yang ‘pelik2’. Tapi, kalau orang ajak aku ikut je. Cz tak salah mencuba dan gain some new experience bukan? Pengsan.
Sampai bila bila pun aku akan mengingati detik detik pertama kali aku masuk, makan, klik klik di Chili’s Grill and Bar Restaurant KLCC. Cz disini, salah satu pengalaman hidup baru aku baru bermula. Pengsan lagi haha.
Tapi serius, kalau kau nak makan makanan western yang sedap dan nyum nyum…personally, inilah tempat pertama yang perlu kau kunjungi. Taste sangat u ollz
Suka makan makanan jepun? Bagi aku, hampir kesemua atau 100% penggemar makanan jepun pasti pernah makan di Sushi King – rasanyalah kot. Logiknya, berapa kerat sangatlah restoran makanan jepun kat Malaysia ini.
Lama sebenarnya tak makan di Sushi King nie. Last aku makan kat Jusco Taman Universiti Skudai Johor kot. Lucky, pada ramadhan 2012 ini aku berkesempatan untuk berbuka puasa di Sushi King KLCC. Asalnya memang nak berbuka puasa di Chili’s, tapi dek kerana kekosongan hanya ada pada jam 9 malam. . . So, aku pilih Sushi King je. Nyum nyum
Lama tak makan. . So, boleh r yummy yummy puas2 kat sini. Katanya
Tapi, sedih cz layanan dan service yang diberikan disini seakan tidak seperti yang diharapkan. Makanan yang disediakan pun tak sesedap apa yang dihidangkan di Taman Universiti Skudai Johor. Not sure kenapa. Maybe orang ramai sangat kot. Tapi seriously, memang tak syoklah.
Dan yang penting, aku suka makan teh hijau dier. Tapi sedih cz semalam diorang bagi aku teh hijau sejuk. Aku order yang suam punya. Sentap Tapi nak buat macam mana. KLCC memang ramai orang. Sometimes, orang yang ramai boleh menyebabkan kualiti service yang diberikan down. But, do i care? Bayar service tax OK!
Semalam aku pergi jalan jalan KLCC. Saja meronggeng cari pasal dek kerana suasana yang sunyi sepi dikawasan perumahan aku. Takut pun ada gak..
Gigih pergi jalan jalan kat KLCC. Kononnya nak berbuka puasa di Chili’s tapi non ado. Orang dah siap.beratur panjang kat kaunter walaupun waktu tu baru pukul 4 petang lebih. Apa ke maknanya tu. Tapi xper, last last aku berbuka di Sushi King. Itu pun beratur jugak hahaha. Pengsan
Aku ingatkan ramai yang dah balik. So, bajet bajet memang lenganglah jugak kan. Tapi, still sesak dengan orang. Pengsan lagi. . . .
Sempat lagi tu merasa naik jambatan baru yang menghubungkan KLCC dengan Pavilion yang dikhaskan untuk pejalan kaki. Selesa dan selamat. Cuma lantai licin lah. . .