KAD PREPAID STARBUCK

image

Aku kenal akan kad prepaid Starbuck ini time masuk ke dalam program Ninetology di MidValley beberapa bulan yang lepas. Konsepnya lebih kurang kad prepaid telco / kad debit.

Kita boleh check baki dalam kad itu via online based on nombor yang tertera. So, kepada yang memang suka minum Starbuck ini memang sesuai sangatlah guna kad macam ini. Swap dan topup je.
image

Sadly, sampai sekarang aku tak jumpa lagi menu kegemaran. Pengsan.

DRIVE THRU STARBUCK CYBERJAYA

image

Aku sendiri tak tahu apa istimewanya minum Starbuck ini. Adakah kerana jenamanya atau minuman kat sini memang sedap? Sampai sekarang aku rasa tak boleh feel rasa kopi kat sini. Boleh?

Kalau tak kerana diajak, tak adanya aku nak datang sini. Aku dikelilingi oleh orang yang suka minum Starbuck. Pengsan.
image

Punyalah hebat penangan Starbuck ini, sampaikan diorang buat drive thru order. Aku tengok, kat highway pun dah makin bertambah bilangan Starbuck.

Last friday, Salina bawa aku pergi drive thru di Starbuck Cyberjaya. Seperti biasa, bab order aku serahkan kepada Salina. Manalah aku tahu nak order kan. Pelik pelik namanya. Karang salah sebut, buat malu ja hahahaha.
image

Emmm, baru perasan baju yang dipakai Salina tu sesuai dengan tema minum kopi Starbuck hahaha.

Ketika itu, waktu dah nak masuk Zuhor (solat jumaat). So, alang alang hantar pergi masjid mizan, aku suruh Salina tunggu aku solat jumaat jap. Lagipun cuaca mendung dan gerimis + bos pun tak masuk pejabat.

Sabar je lah.

CAMPURAN MILO & KOPI

image

Hari ini last day untuk kemas workstation. Esok ada orang audit 5s nak datang check hihi. Sepatah haram aku tak start apa pun.

Sambil sambil mengemas tu, terjumpa kopi Aik Cheong ini. Selalunya, kalau pergi Melaka memang sana sini ada signboard Kopi-O Aik Cheong. Tu yang try nak rasa kopi ini.

Aku campur dengan Milo. Tak jauh beza rasanya dengan NesLo. Kalau Milo + Kopi, so boleh lah panggil MIKO.