Jadual Baru KTM Komuter Bermula 3 Jun 2018

Semalam, di twitter KTM Komuter, diorang ada buat pengumuman mengenai jadual perjalanan KTM Komuter bermula 3 Jun 2018. Cant imagine kadar kekerapan jadual baharu itu ialah 30 – 60 minit untuk laluan Kl Sentral / Sungai Gadut / Pulau Sebang.

Jadual KTM Komuter Bermula 03 Jun 2018 :

BATU CAVES – PULAU SEBANG / PULAU SEBANG – BATU CAVES

Aku ini dah lah antara pengguna tegar KTM Komuter. Yang ala-ala 20 minit skrg ini pun ala-ala tak tepati masa juga, apatah lagilah yang kekerapa lebih lewat ini. Pantang lewat sedikit, mesti sesak dengan manusia. Pengsan

Aku pun antara orang yang follow akaun Twitter rasmi KTM Komuter ini. Memang sokmo nampak diorang kene bash je lah. Asyik baca orang marah-marah dan mengadu masalah je hahahaha. Sabar je lah

Haiiiiii, terpaksa redha dan tabah je lah nak hadapi train KTM Komuter ini. Tak ada pilihan. Kalau naik LRT / MRT, kos lebih tinggi lah pulok. Sabar je lah.

Aku listkan siap-siap untuk rujukan aku pada waktu pergi dan balik kerja. Tengok gaya, kekerapa train pada waktu pagi lebih banyak berbanding belah petang. Bagi aku, okay kot. As long as waktu pagi masih banyak lagi. Masih boleh diterima lagi.

Jadual Ketibaan Train Pulau Sebang – Batu Caves @ Kajang (Waktu Pagi)

  • 6.21
  • 6.41
  • 7.01
  • 7.24
  • 7.41
  • 7.57

Jadual Ketibaan Train Batus Caves – Pulau Sebang @ Bandar Tasik Selatan (Waktu Petang)

  • 4.26
  • 4.51
  • 5.26
  • 5.58
  • 6.26
  • 6.54
  • 7.11
  • 7.28
  • 7.51

Semoga segalanya berjalan lancar. Insyaallah