Cuti-Cuti Malaysia : Jom ke Kuantan, Pahang

Aku dan Pahang berpisah tiada. Bayangkan, tatkala bertugas sebagai Pegawai Khas Media kepada salah seorang Menteri Kabinet dari Pahang, boleh dikatakan dalam sebulan tu, satu kali atau dua kali aku akan ke Pahang. Kalau program di Bera, selalunya aku akan pergi hari je. Tapi, kalau program di Kuantan, pastinya aku akan menginap di hotel sekurang-kurangnya semalam.

Kini, walaupun sudah pencen. Ingatkan sudah boleh cuci kaki. Rupanya Kuantan tetap di hati jua hahaha. Sebab kawasan ‘Big Bos’ baru adalah Kemaman, Terengganu. Walaupun tugasan di Kemaman, aku dan rakan-rakan lebih selesa untuk menginap di Kuantan. Sebab apa? Di sini ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Tempat makan sedap pun banyak nyum nyum nyum.

Korang tau tak? Kuantan merupakan ibu negeri bagi Pahang Darul Makmur yang sudah semestinya memiliki kelebihan tersendiri berbanding 10 daerah lain yang terdapat di negeri ini. Meh sini aku kongsikan 5 tempat menarik di Kuantan, Pahang bagi memudahkan korang merancang percutian ke sini kelak.

Pantai Cherating

Merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik dan popular di Pahang. Pantainya cantik, bersih, berpasir halus, landai dan sesuai untuk mandi. Jika korang sedang mencari lokasi menarik untuk percutian keluarga atau honeymoon, Cherating adalah pilihan yang tepat.

Banyak aktiviti boleh dibuat di Pantai Cherating nie. Antaranya bermain layang-layang, bola sepak pantai, bola tampar, banana bot dan lain-lain. Soal makan jangan risau. Disepanjang pesisir pantainya ada 1001 macam deretan gerai dan kedai makan ada.

 

Pantai Teluk Cempedak

Tidak sah kunjungan ke Kuantan jika tak singgah ke Pantai Teluk Cempedak. Jaraknya hanya 5KM je dari Pusat Bandar Kuantan. Pantai Teluk Cempedak ini memang sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan especially pada hujung minggu.

Selain pantainya yang bersih, keadaan persekitaran yang selesa menjadikannya sebagai lokasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Panorama semula jadi seperti longgokan batu besar dan pesisir pantai yang memutih pastinya akan memberikan sudut penggambaran yang cantik.

Teruntum Mini Zoo, Kuantan

Ia terletak berhadapan dengan Kelab Golf Diraja Pahang dan berhampiran dengan Teluk Cempedak. Masuk adalah percuma tau. Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Ia terbuka kepada semua golongan bagi tujuan beriadah atau cuci mata melihat keindahan flora fauna.

Walaupun hanya mini zoo, macam-macam haiwan yang ada di sini. Antaranya ialah beruang matahari, kancil, burung unta, ular sawa, orang utan, buaya, rusa, kura-kura, kuda, ayam-ayam, burung-burung, anak-anak ikan dan macam-macam lagi. Memang sesuai bawa anak-anak datang sini.

Natural Batik Village

Jangan ingat di Kelantan dan Terengganu je yang ada seni mencanting batik nie. Di Kuantan pun ada juga hokey. Pusat batik ini terletak di Pantai Balok, Kuantan. Disinilah tempat para pelancong membeli barangan cenderahati berasaskan batik.

Disini, apa yang paling aku suka ialah, mereka memberi peluang kepada para pengunjung untuk mencanting batik mengikut citarasa dan kreativiti sendiri. Hasil batik yang telah siap boleh dibawa pulang sebagai cenderamata pada kos tertentu. Selain itu, pengunjung juga boleh melihat sendiri penghasilan batik dari mula sehingga terhasilnya sehelai kain batik.

Pantai Balok

Pantai Balok sering menjadi lokasi pertandingan meluncur angin atas faktor kelajuan angin dan arus pantainya yang kuat disini. Bukan itu sahaja, ia juga popular untuk aktiviti perkhemahan tepi pantai.

Kalau nak makan, kat sini pun ada banyak kedai makan berasaskan makanan laut segar dan ala Thai yang sedap dan menyelerakan. Pantai Balok juga sesuai untuk pelbagai penganjuran program seperti hari keluarga, ekspo jualan dan pameran serta aktiviti pantai.

Terdapat banyak kemudahan penginapan di Pantai Balok seperti resort, hotel dan calet yang disediakan bagi yang berhajat untuk menginap mengikut bajet masing-masing.

Find Swiss Garden Beach Resort Kuantan Room Rate Here

Memilih tempat penginapan menarik semestinya bergantung pada bajet. Namun korang masih boleh mendapatkan harga yang murah jika menempah secara online. Untuk melihat tawaran potongan harga hotel di Pantai Balok, korang boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui TREVALOKA.COM.

PERTAMA KALI BERMALAM DI ZENITH HOTEL KUANTAN

image

Pertama kali menginap di Hotel Zenith Kuantan. Sebelum ini kalau datang Kuantan, aku dok hotel lain. La ni ada pulak kosongnya. Emmm, hotel bertaraf 5 bintang katanya.

image

Konsep dekorasi kat hotel ini macam kontemporari je. Ala ala butique hotel yang vogue ahaks. Tapi agak takut jugak cz banyak sangat yang berkaca : meja, pintu etc.

Semuanya nampak macam syok. Yang paling tak syoknya ialah pintu bilik airnya tak ada sendal / kunci. Aiyooooo, pengsan dibuatnya. Hahaha.

image

Nasib baiklah kawan sebilik aku dah bagi jaminan. Sangat matang katanya. Pengsan 10 kali.