BUBBLE TAMOGOCHI YANG BAGUS

image

Aku puji dan bangga dengan sikap / perangai anak kucing calico Bubble Tamogochi ini. Pandai dia berdikari dan membiasakan diri dengan kehidupannya yang baru.

Satu rumah dia explore. Kemudian, dia langsung tak hiraukan sangat layanan dingin kucing-kucing yang lain. Buat deeekkkkk je hihi.
image

Dia tersangat manja berbanding anak kucing yang lain. Im not sure kenapa. Kemana sahaja aku pergi, dia mesti ikut dan tunggu. Contohnya, kalau aku pergi dapur untuk memasak, dia mesti akan tunggu dan tengok je aku memasak. Sabar je lah.

Kat dalam kereta pula, normally kucing akan meragam tak selesa + feeling jakon. Tapi si anak kucing calico ini lain pula perangainya. Dok diam buat hal sendiri + tidur + jilat jilat bulu. Seronok dan sejuk je duit ini membeli ko diikkkkkk.

Semoga Bubble Tamogochi ini membesar dengan sihat dan baik + dapat melahirkan baka yang comel dan mahal. Hihi

UNIKNYA KUCING CALICO

image

Kucing yang ada 2 warna pada bulunya dipanggil CALICO. Katanya, agak jarang / susah nak jumpa kucing yang ada 3 warna. Kalau ada pun harga jualannya agak mahal berbanding kucing yang ada satu atau dua warna pada bulunya.
image

Normally kucing calico ini betina. Tak pernah lagi jumpa di dunia ini, kucing calico berjantina jantan -katanya.
image

Anak-anak kucing kat rumah aku kalau nak di ikutkan secara kombinasinya, memang punya purata kelahiran calico yang tinggi. Ada hitam, orange dan putih hihi. Pandai tak aku memilih 🙂 Sujud syukur.

Sebelum ini pun ada orang offer suruh beli anak kucing dia yang calico. Tapi warna calico itu hanya mencakupi ekor dan kepala sahaja. 70% warna van (putih) manakala selebihnya hitam dan orange.

Warna apa yang tiada lagi? Kelabu…