KUCING JANTAN YANG MANJA

image

Si jantan bulu kembang Ottet ini lain macam sedikit perangainya. Suka bermanja secara berlebihan. Perangai kucing jantan memang macam tu kot.

Dia sangat suka mencakar tilam dan sofa. Habis semua tempat ada kesan cakarannya. Sabar je lah dikkkk. Takpe, satu hari nanti aku potong kuku Ottet ni hahahahahaha. Gelak jahat.

SI KUCING JANTAN SUDAH MULA MENGAWAN

image

Aku rasa sangat seronok dan syukur bukan kepalang. Yelah kan, kucing jantan CherryPie Ryuu Hiroko aku sudah mula menampakkan bibit bibit kejantanannya hahaha.

Lama kot aku menanti dia untuk mengawan dengan 4 ekor kucing betina kat rumah aku. Akhirnya, hari yang dinanti-nanti muncul jugak. Inilah hasil aku dok psiko dia tiap hari. Dok kutuk dia bila nak kawen…bila nak kawen…jantan tak ada =÷%€£^;£ bagai hahahahaha.

Tau je lah kan kalau pakcik dah membebel.

Yang aku tak puas hati tu, kenapalah dia pilih Si Betina Mia Hangguk tu. Dah tak ada betina lain ke yang dia nak. Si Mia yang jahat tu jugak yang berkenan dia nak main untuk 1st time. Sabar je lah.

Apapun, dah kene ready dengan perangai kucing jantan yang start kencing merata. Mungkin kalau stok 4 ekor betina ni tak cukup untuk puaskan dia, aku kene start buat iklan untuk business mating.

Sabar je lah. Semoga semua urusan dipermudahkan + menambah sumber pendapatan.

KUCING JANTAN YANG KUAT MAKAN

Seriously, aku memang tak ada pengalaman lagi membela kucing jantan. Inilah kali pertama aku bela kucing jantan (secara berdikari di rumah atas). Still lagi belajar cara hidup kucing jantan dan betina ini sedikit demi sedikit 🙂

Si kucing jantan hitam legam Hiroki ini kuat makan. Nampak je pemalu alim alim kucing. Tapi pantang orang tak ada, dia mesti makan minum makan minum je. Dia yang kuat makan atau memang sifat kucing jantan yang kuat makan? Continue reading KUCING JANTAN YANG KUAT MAKAN

SEMUA BETINA

image

Hari ini anak anak kucing itu di vaksin dan diberikan ubat cacing untuk usia 3 bulan. Alamak, kesemua anak anak kucing ini kemaluannya rapat plak. Mean, diorang semuanya betina belaka. Pengsan.

Emm, katanya kucing jenis parsi ini memang susah sedikit nak tengok jantinanya pada usia baya2 diorang ini. Kemaluannya kecik cemetot lagi. Tak pe, kita tengok lagi apa status diorang bulan depan hihi.

So far, jantina Mia paling diragui samaada jantan atau betina. Yang lain lain tu macam sah betina ahaks.

Doktor kata, kucing betina ini harganya lebih mahal berbanding jantan. Pengsan lagi.