KUCING SAYA AKAN MENJADI GEMUK DAN PEMALAS…
- Kucing anda akan mempunyai metabolisma badan yang rendah sedikit sahaja kerana tidak membazirkan tenaga untuk merayau mencari pasangan.
- Kucing anda akan gemuk sekiranya pemakanannya tidak dipantau dengan betul
PEMANDULAN ADALAH BUKAN SEMULAJADI…..atau KASIHAN SEBAB TIDAK DAPAT MEMUASKAN NAFSU / NALURI
- Kucing anda akan lebih merana akibat kecederaan disebabkan bergaduh atau dilanggar kerana terikut nafsu untuk mencari pasangan
- Selain itu, risiko mendapat barah mamari % ovari meningkat selepas kucing bermula naik miang (on heat) dan tidak boleh dielakkan selepas itu.
- Pemandulan adalah diharuskan mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM pada Julai 2002
“Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah”