Selamat Tinggal Kucing Kesayangku Xavier

Pada hari Jumaat pagi yang llau, aku menerima perkhabaran kucing kesayangan aku, Xavier telah mati akibat sawan. Mati selepas selesai pembedahan akibat batu karang. Khamis malam Jumaat, kami hantar dia ke Klinik. Malam itu juga doktor buat pembedahan. Dikatakan pembedahan berjalan dengan lancar dan berjaya.

Siapa tahu, ajal dia pada pagi itu. Sekitar jam 10 pagi, doktor dapati dia sudah mati akibat sawan. Sedih sangat. Agak terasa kehilangannya sebab kehidupan aku di rumah banyak bersama melayan karenah dia.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Xavier ini kucing yang paling aku sayangi. Walaupun jantan, tapi hatinya senipis kulit bawang. Cepat sentap kalau kita tinggikan suara atau ala-ala marah kat dia. Dialah peneman tidur aku setiap malam. Memang penghuni bilik tidur aku yang setia. Pantang pintu bilik tidur dibuka, dia akan melepak dalam bilik sahaja. Hanya akan keluar untuk makan, minum dan buang air je.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Manjanya nauzubillah. Dia sangat suka meminta-minta supaya diri dia dibelai dan digaru-garu seluruh badan. Tiap malam sebelum tidur, pasti akan meow meow minta dibelai. Tengah malam buta, tangan dia pula gigih menguis-guis minta dibelai juga. Sentap juga kekadang sebab, sedang asyik kita tidur, boleh pula dia merengek minta dibelai.

Pepagi buta time mandi pula, dia nak join mandi sekali. Dok duduk melingkar di bucu pintu bilik air. Tapi sebelum ini, dia pasti akan minta dibelai di bahagian leher. Pantang tengok pintu tertutup rapat. Dia mesti akan meow meow dan mencakar pintu minta dibuka. Degil.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Sifatnya agak penakut sedikit. Suka datang dekat tapi tidak suka bepeluk manja tanpa rela. Cukup sekadar dibelai dan digaru sahaja. Makan minumnya pula tidak banyak mana kalau nak ditengokkan. Mungkin lebih banyak makan kot. Minum kurang. Sebab itu agaknya kena penyakit batu karang. Susah nak kencing.

Aku pula tiada pengalaman bab kucing berpenyakit batu karang. Inilah kali pertama. Kalau nak diikutkan sejarah, Xavier ini dahulu time kecil pernah kena penyakit sawan. Tidak tahu apa puncanya. Agaknya sebab tabiat suka bermain / gigit wajar elektrik kot.

Alhamdulillah, walaupun doktor ramal dia akan mati, umur dia panjang. Itu cerita 14 Ogos 2015. Lain pula ceritanya pada 20 April 2018 yang lalu. Sedih

Meh sini aku dedikasikan post ini dan simpan gambar-gambar kenangan dia untuk tatapan dihari muka. Dalam banyak-banyak kucing, gambar dialah yang paling banyak aku kongsikan di media sosial aku. Tu yang senang nak trace gambar dia di Facebook dan Instagram.

Aku kebumikan dia di halaman rumah aku di Lenggeng, Negeri Sembilan. Biasalah, duduk kawasan bandar nie tak tahu nak kebumikan dimana. Nasib baik aku ada rumah atas tanah. Ada pula tanah di halaman. Jadinya, tersimpan rapi lah jasad dia disitu tanpa gangguan binatang liar.