Ciri-Ciri Kucing Comel Yang Sihat

Kali ini kita kongsikan apakah ciri-ciri kucing comel sihat yang boleh kita lihat melalui tubuhnya. Ciri-Ciri Kucing Comel Yang Sihat

  • Perut – Kucing comel yang sihat punya perut yang tidak keras apabila ditekan serta sedikit boroi. Perut yang membuncit pada saiz yang agak besar, itu mungkin petanda ada cacing dalam perut kucing comel anda
  • Hidung – Kucing comel yang sihat tidak akan mempunyai hingus yang meleleh-leleh.
  • Mulut – Air liur tidak seharusnya meleleh jika kucing anda sihat walafiat. Ia juga mesti tidak berbau + gigi putih + gusi berwarna merah jambu.
  • Telinga – berwarna merah jambu, tidak berbau, bersih, tiada parasit mahupun kotoran. Telinga perlu dibersihkan pada tempoh masa tertentu.
  • Berat badan – tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Sedap-sedap manja je untuk dipeluk.
  • Bulu – Lembut apabila dipegang. Bebas daripada kutu dan tidak gugur
  • Kulit – tidak merekah dan tidak terlalu kering.
  • Kaki – berdiri tegap dan tidak terhenjut-henjut tatala berjalan / berlari
  • Mata – kelihatan bersih, bersinar dan tiada sebarang tanda kemerahan. Tahi mata yang tidak berlebihan sangat.

KUCING YANG SIHAT

Setiap penjaga kucing semestinya mahukan kucing peliharaan mereka sihat segar bugar 🙂 Same goes to me. Daripada tidak tahu apa-apa..menjadi serba serbi tahu. Ciput ciput pun berguna jugak. Semua ini dek kerana masing masing mahu buat yang terbaik untuk kucing masing-masing. Berdosa kot kalau tidak pelihara dengan baik makhluk tuhan paling comel ini. Tak gitu (tiru ayat eyriqazz) haha. Apa ciri-ciri kucing yang sihat ?

  1. Mata yang bersih tanpa kotoran pada bahagian mata dan tidak bernanah serta berlendir. So far mata kucing aku taklah kotor sangat. Cuma ada tahi mata je. Cz dia kucing jenis persian semi flat, means memang kene tolong bersihkan tiap hari. Dia tak reti kot nak bersihkan sendiri. Bukan jenisnya dan memang FLAT.
  2. Bulu kucing bersih dan tidak botak. Anggaran 2 kali sehari atau sekali sehari memang bulu cici tu akan disikat. semua ini dek kerana bulunya yang memang panjang dan lebat. Harapnya tidak botak.
  3. Gigi putih tidak ada plak. Ini aku sendiri tidak pasti. Camne nak cuci gigi kucing? Nak berus gigi dia? Bertuahlah sangat
  4. Gusi berwarna pink atau merah.
  5. Kulit yang tidak luka atau berparasit.
  6. Dubur bersih dan tidak ada kotoran (tahi)
  7. Tidak mengalami cirit-birit. Kekadang itu, cici akan berak cair. Itu boleh diklasifikasikan sebagai cirit birit ke? Not sure
  8. Perut tidak kembung.
  9. Kuku yang tidak rosak atau patah.
  10. Nafas yang tidak terdengar batuk.
  11. Nafas juga tidak mengeluarkan bunyi yang aneh. How to define aneh dan batuk tu pun not sure. Herrrrrrr herrrrr
  12. Telinga mampu mendengar dengan baik.
  13. Telinga yang bersih. Memang ada pencuci khasnya + dibersihkan dalam kekerapan tertentu

Boleh jadi ciri ciri ini salah atau lebih lagi atau bla bla bla. Depend kepada pengetahuan masing masing.