TANDAS KUCING

Biasalah, duduk di rumah apartment tapi berangan nak bela kucing..mahu tak mahu kene r sediakan tempat untuk dia melepas aka berak aka kencing.

Diawal ‘pembelaan’ cici dahulu, kami prefer untuk menggunakan pasir sebagai medium ‘pembuangan’ najis cici. OMG.. Memang banyak karenah betul pasir nie. Pengsan

Biasalah, baru mula mahu membela kucing..mesti r tak tahu apa2. Lagi2 aku yang memang wat dek je nie. Emm, pasir cici tu kami letak di tepi 2nd Toilet. So, senang nak buang najis tu via lubang tandas / salur air. Tapi susah jugak cz cici nie suka kais2 pasir. Habis bersepah kiri kanan toilet. Nak nak pasir tu memang tak boleh kene air. Kalau kene je mesti mengeras dan melekat. Mau jenuh nak mengemas tiap hari. Hati panas membara berbaur sabar yang memuncak OK! Ditambah lagi kalau bau najis tu harum semerbak..memang cobaan sangat.

Syukur..now semua ini sudah berakhir. Kami telah diperkenalkan dengan sejenis silika aka plastik yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada pasir kucing. Harganya pun lebih murah..

Dulu, harga pasir yang kami beli untuk 10L ialah dalam lingkungan RM18 – RM22 (depend on jenis). Tapi untuk jenis silika / plastik ini hanya lingkungan RM16 untuk X Liter 🙂 aku lupa. Kualiti silika memang lebih baik berbanding pasir :-

1. Tidak berbau – lega
2. Menyerap air – tahi akan mengeras
3. Tidak melekat – hebat
4. Pengurusannya mudah – senang nak buang najis

Selain itu, sekampit silika boleh digunakan almost 3minggu lebih ( untuk cici). Memang berbeza dengan penggunaan pasir dahulu. Ada satu minggu tu aku siap tukar 2 kampit pasir. Semata2 cz pasir yang dibeli tak menyerap bau najis + air. Memang seksa betul. Pasir yang dibeli tak berkualiti… Pengsan

Alhamdulillah, kini masalah telah berakhir. Wish xkan berulang kembali. Hoho

Posted from WordPress for BlackBerry.

HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI

Seperti yang sedia maklum, kucing aku..CiCi Esmidar Gonzales merupakan seekor kucing daripada baka kucing parsi ( semi flat face) + berbulu tebal + tak pandai bersihkan diri sendiri (yang penting) hahaha

Di awal penjagaan cici nie, aku sebenarnya agak kekok dengan rencah penjagaan kucing jenis nie. Susah OK. Banyak sangat pantang larang + karenah penjagaan yang perlu aku ikut.

Mana tak nya.. Kene suntik sana sinilah..makan ubat sana sinilah..bagi ubat kutu sana sinilah ++ Pengsan. Cz semasa kecil dulu, kami memang bela banyak kucing. Biasalah, beranak pinak bagai. Lagipun memang aku yang menjaga kucing2 tu semua. Emmm, nak kata suka bela kucing tak juga cz aku nie biasa2 je orangnya. Maybe perangai aku kot yang memang tak boleh tengok kucing ngiau ngiau..kesian. KLMJ sangat

Berbalik kepada cerita tadi, since diawal penjagaan cici lagi..kami memang menghantar cici untuk check kesihatannya di Hospital Veterinar Universiti UPM yang terletak di Serdang Selangor. Khabarnya inilah hospitar haiwan pertama di Malaysia 🙂 Cukup semua sifat.

Memang kesihatan cici kami jaga via khidmat nasihat daripada HVU UPM Serdang ini. Kiranya memang hantar secara berkala..based on kad kesihatan yang dibekalkan. Tahap keyakinannya memang penuh r jugak cz hospital ini dimiliki oleh UPM (kerajaan).. Dan for sure doktor2 haiwannya memang sedia maklum terjamin statusnya. Insyaallah

Dahulu semasa usianya 4bulan, memang kami akan bawa cici ke HVU nie untuk suntikan ubat cacing +++. Emm, area sebulan sekali untuk 3 bulan jugak r. RM45lebih untuk tiap kali suntikan + ubat kutu 🙂 Pengsan..

Nasib baik untuk 3 bulan sahaja. Hahahaha… Oh ya, baru beberapa hari lepas kami bawa cici ke HVU nie untuk ubat warm pulak. Not sure lepas nie kene bagi ubat apa pula. Yang penting kesihatan cici terjamin..

Kucing, tapi penjagaannya makan bayi manusia pulak..over sangat. Hihi..Kucing kampung aku dulu OK je. Jejak ke klinik haiwan memang tak pernah…hospital lagi r haram. Tak pernahnya nak bagi ubat bagai. Hidup sihat walafiat… Syukur haha. Kucing kampung memang tahan lasak.

Moral of the story… Produk kampung memang the best!! Haha

Apapun, aku menyayangi Cici sepenuh hati. Muuahhhh…

Posted from WordPress for BlackBerry.

CICI

Sempat jugak mandikan cici hari ini. Rasanya dah 2minggu cici tak mandi. Busuk semacam. Bulu2nya pun banyak yang dah rosak + gugur. Risau gak ngn makcik nie. Yelah kan, cuaca pun ngah panas. Tak ada hujan sangat. Habis jenuh nak bela bulu bulunya yang berguguran iteeewww

Posted from WordPress for BlackBerry.

CICI ESMIDAR GONZALES

Jenuh sebenarnya nak fikirkan apa barang permainan untuk kucing aku ini. Kesian cz dia selalu ditinggalkan ‘keseekoran’ di rumah. Kehulu hilir seekor je hihi.

Cici semakin manja. Pantang ada kat rumah, mesti bising ajak main sana sini. Letih jugak nak melayan dia. Hihi

Kadang kadang dia nak aku tolong urutkan + usap2 + grooming bulu dia. Pengsan. Dasar kucing yg bossy sangat haha.

Posted from WordPress for BlackBerry.

RUMAH BERSIH BEBAS DARI HAMA DAN TUNGAU

Huhu.. Aku baru je siap membersihkan rumah – vakum, mengemop dan menyemur. Pengsan. Semua ini adalah gara gara kucing aku, si Cici Esmidar Gonzales – si pembawa hama, tungau dan kutu terbanyak 🙂

Entah kenapa sejak beberapa minggu ini bulu cici banyak gugur. Usha punya usha, rupanya cici nie banyak kutu. Pada masa yang sama, kami satu rumah kene jangkitan ruam / alergik pada kulit. Ingatkan alergik pada makanan, rupanya selepas dibuat kajian semua ini berpunca daripada hama. Cz nak kata makan sembarangan, tak jugak. Kenapa perlu sekarang baru kene alergik ini? Pengsan

Based on nasihat daripada Si Penjaga Kedai Penjagaan Haiwan Peliharaan, kami mengemop lantai dengan menggunakan Clorox. Semburan menggunakan Dettol. Emmm, khabarnya Clorox lebih berkesan untuk membunuh hama / tungau / kutu. Iyer lah kot cz bau Clorox je nak buat aku pening pening lalat dah ini. Yakin Boleh!

So, after this setiap minggu aku kene vakum + mop lantai. Kalau ada masa, kene mandikan cici selalu. Adoiiii,

Aku tension sebenarnya cz kiri kanan rumah ada sahaja construction. Mana tak berhabuk rumah???? Last last memang tak bukak tingkap langsung lah gamaknya.

Nak kene gigih kumpul duit beli Air Cond

Posted from WordPress for BlackBerry.