Makan Laksa Sedap di Perlis

Dimana nak makan laksa yang sedap di Perlis? Aku cubalah google, hasilnya aku dapat Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar, Kuala Perlis, Perlis.

https://www.instagram.com/p/BSS6YDnDbou/

Terus ikut direction pada Google Maps. Dekat je jaraknya sekitar 9KM dari Hotel Seri Malaysia Kangar. Naik kereta sekitar 11 minit je. 

Orang pun tak ramai sangat time aku datang. Parking pun senang. Jadi ON je lah kan.

Bagi aku, makan kat mana-mana area Kedah dan Perlis ni sedap. Next time boleh lah menyinggah makan kat mana-mana.

Dapat juga merasa pulut panggang. Ya Tuhan, memang lembut dan sedap rasanya. Kita tengok je sedap kan. Apatah lagi time masuk mulut. Isinya banyak. Penuh berlemak.

Tidak pasti pula harga makanan kat sini. Sebab aku main bayar je. Tapi kalau nak ikutkan info daripada blog lain, harga laksa ialah RM3.20 (saiz biasa) dan RM4 (saiz besar). Manakala harga untuk pulut panggang pula ialah RM0.40 setiap satu. 

Alamat: Kak Su Laksa Beras Asli & Segar, 97 Jalan Siakap 1, 02000 Kuala Perlis, Perlis.

Waktu Operasi: 10 pagi – 7 ptg (dibuka setiap hari. Tutup hari selasa).

KENDURI LAKSA DAN LAKSAM

image

Hari Jumaat selalunya ada jamuan kat pejabat. Lagi2 mood nak bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan nie. Minggu depan dah sibuk dengan puasa. Mesti seronok dapat berpuasa ramai ramai. Suasana dan kemeriahan Ramadhan mula terasa hihi.

Hari ini kitorang satu pejabat dijamu Laksa dan Laksam. Faizal belanja makan hari ini. Mak dia masak untuk satu pejabat kitorang. Murah rezeki dia huhu.
Continue reading KENDURI LAKSA DAN LAKSAM

GERAI MAKAN DEPAN INSPEN PUTRAJAYA

image

Lama tak merasa makan di gerai makan yang terletak berhadapan dengan INSPEN Putrajaya. Rasanya keropok lekor dan laksa kat sini adalah yang paling sedap di kawasan Putrajaya ini 🙂 – Pendapat aku dan kawan kawan

image

Aku sakit tekak sebenarnya. . Tapi gigih nak makan laksa dan keropok lekor kat sini kannnn haha. Si Jiela nak pindah. . Tu yang nak abadikan kenang kenangan bersama dia. Aiiiii senang betul makcik tu dapat pindah kerja. Aku je yang masih tercari cari kerjaya yang lebih baik dan selesa huhu.
Continue reading GERAI MAKAN DEPAN INSPEN PUTRAJAYA

LAKSA REDUP RIMBA

Selalunya, tempat makan sedap yang harganya berbaloi dan murah memang terletak di tempat yang pelik pelik – based on pengalaman

image

Kali ini, makcik office bawak aku pergi makan laksa kat Bangi. Dekat dengan UKM katanya. Aku follow je. . .

image

Laluan yang aku tak pernah pergi + persekitaran kampung yang sangat permai 🙂 ada nampak kerbau OK. Syok tu. . . .Gerai makannya terletak berhampiran dengan Agensi Nuklear Negara. Kat tepi jalan je pun

image

image

Continue reading LAKSA REDUP RIMBA