LAMAN SOSIAL

Istilah laman sosial aka Web 2.0 ini aku baru je tau time aku kerja kat tempat kerja aku sekarang. Tak tau pulak yang aku ini ada banyak ‘laman sosial’ hahaha… Banyak!!

1st time aku mengenai dunia sosial ini ialah sewaktu aku di Tingkatan 1 – 2. Itu pun aku ikut kawan aku p cyber cafe yang baru sahaja dibuka di Pekan. The 1st ever cyber cafe 🙂 sangat jakon yerrr. Dia memperkenalkan aku dengan MIRC. Aku sendiri tak berapa tahu nak pakai dan berinteraksi sangat. Ahh, tak minat. Aku dok tengok je kawan2 ketawa sendiri time chat via MIRC nie. Tak faham… Abaikan jer

Beberapa tahun kemudian, semasa aku di Tingkatan 5 – lepas SPM..kawan aku si Fadil push aku untuk buat akaun di Friendster.com. Aku sendiri tak tahu apa menda alah ini. So, ikut je lah. Tak lama kemudian sebaik sahaja aku sambung belajar di Shah Alam, kawan kawan aku ask for my Friendster. Ohhh, rupanya disini kami boleh berinteraksi secara online. Boleh share pic dan status. Plus, dek kerana aku belajar di fakulti yang based on teknologi…so nak tak nak aku pun terkene tempiasnya lah. Aku belajar cikit2 pasal coding di makmal komputer yang ada untuk mencantikkan profile / blog friendster aku. I did it 🙂

Lama jugak lah kami mendamba kat friendster ini. Tapi biasalah, lama kelamaan bosan juga hahaha. Aku tinggalkan sahaja profile friendster aku ini bersawang. Sekali sekala je bukak…ahaks

Kemudian, muncul pula Myspace.com. Dek kerana ramai kawan kawan yang ada akaun myspace ini, so aku pun apa lagi…buka lah juga cz aku suka konsep myspace ini. Pada waktu itu, laman ini banyak bermain dengan coding HTML. Aku suka r cz aku pun memang ada basic HTML. So, daripada sini aku built knowledge and skill aku. Cantik woooo profile yang aku buat haha. Tak terkalah OK. Siap ramai kawan2 yang minta tolong aku buatkan profile diorang lagi tuuu. Hahaha.. Banyak juga duit habis kat Cyber Cafe aka masa di makmal komputer. Minat punya pasal 🙂 Lama juga sebenarnya fenomena myspace nie. Sakan betul untuk beberapa tahun. Rasanya sampai aku degree jugak lah kot. Terlalu banyak kenangan… Banyak kali jugaklah page myspace ini berevolusi dari masa je semasa. Tetap setia dengan myspace walaupun ada juga page page lain yang bersiang – eKawan, Virtual Friend, Hi5 +++. Tapi still tak dapat menandingi populariti myspace.

Tak berapa lama kemudian, muncul Facebook.com. Aku bukak akaun di facebook ini pun secara tak sengaja. Lupa plak siapa yang promote 🙂 Time tu aku jarang jarang buka. Cz still masih buka myspace lagi. At the same time aku bukak akaun Tagged juga. Bukan untuk bersosial..tapi nak main game Mafia haha. Popular game nie time tu. Pengsan

Lama kelamaan profile myspace, friendster dan yang seangkatan dengannya aku lupakan. Jarang jarang bukak 🙂 lebih fokus kepada facebook dan sometimes twitter. Not sure, tapi konsepnya memang menarik dan fresh. Tu yang makin lama makin popular kot. Sampai sekarang.

Walaupun ada Google+ dan yang seangkatan dengannya..facebook dan twitter tetap berdiri kukuh. Mungkin dek kerana promosi dan mesra pengguna kot. Yelah, badan kerajaan pun mula menggunakannya juga. Tapi yang penting hampir kesemua laman sosial tu aku ada akaunnya hihi.

Now aku more fokus kepada blog. Memang sejak belajar lagi aku juga aktif berblog. Tapi sekadar yang nyok je. Aku ada akaun Multiply, Daily, Blogdrive, Blogspot, WordPress, Thumblr dll. Memang tak terkira kot berapa banyak blog yang telah aku buat. Semuanya ditinggalkan dek kerana lupa email / password / limitation on internet access. Pengsan lagi…

Harapnya kali ini aku long life kat sini haha. Yelah, cz aku dah beli domain dan sewa server. So kene serious maintain update and fully utalize. But seriously, makin lama aku makin jarang online atau update status di facebook / Twitter. Lebih fokus kepada MyKeledek … Bayar OK haha

One day, if I got time.. Aku pasti akan delete beberapa atau mungkin kesemua akaun yang dah bersawang. Kene fokus kepada yang benar benar berguna sahaja. Yakin

Posted from WordPress for BlackBerry.