LAMPU PUNJUT

image

Amacam? Puasa pun tak lagi. Aku dah siap siap beli lampu punjut kat Aeon Big Alamanda. RM1.90 satu batang lampu punjut tu beserta dengan diskaun 5% setiap satu. Aku hangkut 10 batang terus. Senang nant nak dekat raya aku pacak je terus.

Laman rumah dah agak lapang now, rasa macam macam boleh buat nanti. Harapnya dapat duit lebih sedikit bulan puasa nanti untuk bekalan syawal. Pengsan.

Aku tergolong dalam orang yang kreatif jugak dalam bab bab lampu nie. Penah sekali tu aku pasang hampir 63 buah lampu di halaman rumah. Pelbagai bentuk aku buat hahahaha.

Tapi, seperti biasa masa sentiasa mencemburui dalam banyak hal. Sabarlah.

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #8

Hari raya aidilfitri seakan tidak sempurna dirumah kalau tak ada lampu pelita / lampu punjut atau dimar dalam bahasa jawanya hihi. Aku tak tahulah ditempat lain. Tapi, inilah keadaannyadi kawasan kampung tempat aku tinggal. Tak kisahlah ko pasang lampu via minyak atau elektrik ( mentol ). Yang penting, rumah nampak terang dan unik disinari cahaya lampu kecil itu. Sweet bukan? Hihi
image

Dahulu, sewaktu kecil aku memang rajin bab bab menghias rumah dengan menggunakan lampu pelita ini. Berpuluh puluh lampu aku gunakan. Adalah dalam lingkungan 60 ke 80 buah lampu pelita. Aku guna banyak cz aku susun rapat rapat dan aku buat bentuk. So, nampak cantik je kalau tengok dari jauh. Aku pernah buat bentuk love, buruj etc. Kreatif kan aku!!
image

Kekadang guna lampu pelita dan kekadang guna mentol je. Depend on masa aku nak susun. Agak agak tak sempat buat, guna je lampu pelita. Senang sikit. .gitu gitu je

image

Continue reading HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #8