PERIUK BELANGA LAMA

image

3 periuk belanga lama yang rasanya sudah tak boleh dipakai lagi. Ada yang kelihatan berkarat + terkopek. Memang dah kene buang cz tak boleh dipakai untuk aktiviti memasak lagi.

Bulan depan nak beli periuk belanga baru. Kali ini nak cuba jenis yang tak melekat. Aiiii, bilalah nak merasa pergi ke Langkawi lagi? Nak borong periuk bagai nie hihi.

DI PULAU LANGKAWI

image

Aku rasa macam dekat betul masa perjalanan KLIA ke Langkawi Airport. Baru nak rasa relax relax, kapten kapal dah kata sebentar lagi nak landing. Pengsan jap.

Penumpang yang join sekapal dengan aku pun tak ramai. Seperti biasa, aku akan tengok perangai anak pak arab yang tak paham bahasa. Hangguk betul budak tu. Ada ke patut dia dok kacau pintu kecemasan. Akak dia pulak tengokkan je. Aku memang anti betul diorang ni hahaha. Sabar je lah.
Continue reading DI PULAU LANGKAWI

BERCUTI KE LANGKAWI

image

Giler atau tak? Tanpa dirancang, boleh plak aku bersetuju untuk bercuti cuti di Langkawi pada hujung bulan ini. OMG. Apa ke maknanya tu.

Ini semua gara gara MAS buat promosi potongan harga sehingga 50% aritu. Not sure, still go on atau tidak promosi tu. Yang penting aku dapat tiket pergi balik untuk Langkawi RM150 (total). Bayangkan, harga tiket untuk pergi balik ke Langkawi cuma RM17 x 2 sahaja. Murah lah tu kan? Hahaha.

Lepas beli, aku rasa menyesal plak. Mana aku nak cekau duit untuk kos penginapan, jimba jimba, makan makan, pengangkutan bagai? Pengsan.