LEPAK MAKAN AISKRIM DI MAGNUM MIDVALLEY

image

Satu permintaan yang lucu daripada Nahar semalam. Dia nak aku belanja di makan aiskrim Magnum hahahahaha. Aku ingatkan dia nak suruh aku belanja makan aiskrim magnum biasa yang dijual di kedai runcit. Rupanya dia nak makan di restoran Magnum Kuala Lumpur @ MidValley hahaha.

image

Sejak GST ini, aku banyak simpan duit secara cash. Jadi duit di bank agak sedikit dan nasib baik aku bawa duit sedikit lebih hari itu. Cukuplah nak belanja dia makan aiskrim kan huhu.

image

Ada 2 seksyen di restoran Magnum – Untuk aiskrim seketul ( harga bawah RM10 ) dan untuk aiskrim yang ala-ala ditokok tambah sana sini ( Harga atas RM20 ). Oleh kerana orang ramai sangat di seksyen bawah RM10, aku ambil keputusan lepak di seksyen mahal sedikit.

Aku pilih menu cake + buah-buahan + aiskrim = RM68. Aku pun tak tahu apa yang mahalnya, lihat dan order dan makan dan bayar sahaja. Saja feeling2 orang kaya kan. Sesekali nak juga merasai makanan yang tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan huhu.

Apapun, perkhidmatan yang diberikan sangat tidak memuaskan. Lambat dan tidak cukup latihan.