11 FAKTA MENGENAI MAHA INTERNATIONAL 2012

  1. MAHA International 2012 Soft launch telah disempurnakan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertempat di Hotel Marriot Putrajaya pada 16 Julai 2012.
  2. MAHA International 2012 yang dihoskan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani akan diadakan pada 23 November hingga 2 Disember 2012 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) – jam 10 pagi hingga 10 malam
  3. Acara ini akan berlangsung selama 10 hari serentak dengan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2012
  4. Tema MAHA International 2012 ialah Transformasi Pertanian Melalui Inovasi.
  5. Pameran ini dijangka akan disertai lebih 20 buah negara seluruh dunia. Sehingga kini negara yang telah mengesahkan penyertaan adalah Afganistan, Vietnam, Singapura, Korea Selatan, India, Qatar dan Sri Lanka.
  6. Di dalam Dewan Pameran A, konsep peragaan akan memberi keutamaan kepada proses yang berkonsepkan ‘from farm to table’ yang akan disertai oleh agensi kerajaan.
  7. Terdapat 7 kawasan bertema dengan keluasan 42,000 meter persegi ruang tertutup akan mempamerkan aktiviti agensi agensi di bawah MOA – perikanan, ternakan, bunga bungaan, jentera, sayur sayuran, beras dan nenas dll
  8. Terdapat 13 buah astaka negeri negeri di Malaysia akan dihias indah dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk menjemput pengunjung menikmati acara kebudayaan setiap negeri tersebut
  9. Seminar berkaitan teknologi dan inovasi terkini di dalam pertanian dan pengendalian ternakan akan berlangsung sepanjang MAHA International 2012
  10. Masuk adalah PERCUMA
  11. Sebarang maklumat lanjut dan info terkini boleh diperolehi di laman sesawang rasmi www.maha.gov.my / FB Rasmi MOA / Twitter Rasmi MOA