Kata orang, tak sah pergi ke Kuantan Pahang jika tidak singgah makan di Tanjung Lumpur – katanya u ollz. Habis kalau datang sokmo, nak sah macam mana? Betul tak? Hihi.
Tanjung Lumpur ini dekat dengan Muara Sungai. So, memang banyaklah kedai kedai bertemakan makanan laut yang segar, murah dan meriah. Salah satu kedai yang popular disini ialah Mail Ikan Bakar. Terletak betul betul ditepi jalan besar / bertentangan dengan Ana Ikan Bakar Petai.
Najib / Abg Mie yang sokmo datang sini bagitau, kene pilih kedai betul-betul cz takut nanti makanan agak kureng sedap + mahal. Dia yang kata, bukan aku yang kata lah kan.
Bos besar ajak makan kat Mail Ikan Bakar, aku ok je. Dah diorang tengah open table kan. Rezeki u olllzzz. Sambil-sambil tu boleh tengok ‘persekitaran’ baru. Yeah, banyak benda aku belajar 🙂 ahaks.
Ramai jugak yang makan kat Mail Ikan Bakar ini. Besar kemungkinan disini antara yang paling sedap dan popular. Tapi masalahnya, kalau dah ramai sangat yang datang dan order, mesti service pun lambat. Macam hari tu memang take time jugak kitorang dapat makan.
Apapun, air kelapa diorang memang sedap. Aku siap order 2 gitew. Nasib baik aku dah kenyang time tu. Plus, aku dah termakan softgel delima, so tak boleh makan banyak sangat. Buat perut memulas nak buang air u ollzz. Sentap.
Sebenarnya, malam tu diorang banyak order makanan. Cuma aku je malas nak snap gambar time tu. Tak larat nak menanti order sampai hahahaha. Terus ngap ngap dan ngap je.
Diorang order ikan bakar yang aku tak pernah makan. Memang sedap pun rasanya. Sambal diorang pun manis manis pedas. Memang lazat dan memenuhi selera aku.
Untunglah kan. Balik je ke hotel, aku terus buang air huhu. Plan nya, selepas itu aku nak nikmati suasana malam kat Kuantan. Tapi badan rasa tak larat dan sleepy plak lepas perut kenyang. Terus terdampar di katil empuk hahahaha.
Sujud syukur.