MERAIKAN CINTA DI PADI HOUSE, GALERIA PJH

image

Entry yang penuh dengan gambar makanan sahaja. Hari ini, satu pejabat dok ‘meraikan cinta’ atas kejayaan (kelancaran) program yang baru sahaja selesai pada hujung minggu lepas. Syukurlah semuanya berjalan dengan baik.

Alaaah, sedikit cacat cela tu normal lah kan? Jangan marah marah boleh tak? Hihi.

Padi House di Galeria PjH memang tempat lepak kami sepejabat. Paling dekat dengan pejabat dan senang kalau ada apa-apa hal yang urgent (Seakan sudah tiada restoran lain lagi yang nak kami kunjungi). Sabar jelah.

image

image

Aku dok ambil gambar makanan yang diorder oleh setiap orang. Tak tahulah kan total harganya. Takut mendengarnya hahaha.
image

image

image

Aku sebenarnya malas nak keluar makan. Kenyang dikerjakan oleh Salina pagi tadi — makan mee goreng mamak kambing. Sabar je lah hihi.
image

image

Seakan sebuah keluarga besar, kami berkongsi rasa makanan yang kami order. Emmm, aku memang suka kacau makanan orang. Rasa macam sedap je kalau orang lain yang order. Makanan yang aku order sendiri plak macam biasa-biasa je plak rasanya. Pengsan terus.

image

Aiiyyooooo, memanh kenyang tak hingat lah lepas makan tadi.
image

image

Ini semua rezeki diiikkkkk. Takut betul dengan peningkatan berat badan. Risau tak boleh nak control.

SEMAKIN KUAT MAKAN

image

Sejak dua menjak ini, aku kuat betul makan. Tak tahu kenapa. Risau yang amat dengan berat badan yang macam tak menentu ini 🙁 Sedih.
image

Haaaa makan makan makan dan makannnn lagi. Sentap!
image

Berkawan rapat plak dengan Salina Mansyahar yang sama-sama kuat makan. Haruslah melayan sama jalan jalan cari makan kan hahahaha. Sabar je lah.
image

Khamis ini, kalau tak ada apa-apa, nak puasa. Insyaallah.

BERBUKA PUASA DI BUMBU DESA, ALAMANDA PUTRAJAYA

Alhamdulillah, aku berjaya juga mengerjakan ibadah puasa sunat sempena 9 Muharam 🙂 Tinggal sehari je lagi. Esok kene puasa lagi sempena 10 Muharam ahaks.
image

Aku berbuka puasa di Bumbu Desa, Alamanda Putrajaya. Dari hari itu nak makan kat sini. Baru hari ini berkesempatan nak singgah makan ahaks.
image
image

Suasana tempat makan gelap lah pulak. Walaupun dah kene edit pun tetap sama je hasilnya. Tak banyak beza. Itu lah kan. Gatal sangat nak duduk tempat gelap huu.

Aku order lauk Gulai Daun Singkong, Pepes Ayam dan Talapia Pesmol.
image

image
image

Emmmm, makanan yang di order nampak macam tak berapa nak fresh / sedap. Macam masakan yang sekadar dihangatkan semula. Moral of the story, jangan datang makan kat sini pada waktu petang / malam.

Lucky manager tu bagi discount sehingga 30% tadi hahaha. 10% cz harga ahli dan 20% lagi cz regular customer katanya. Pengsan.

Untunglah. Rezeki berpuasa hari ini. Alhamdulillah. Esok nak buka apa ek?