NASI LEMAK WARUNG BUNIAN / TAPAK SULAIMAN

image

Nasi lemak paling sedap dan murah di kawasan yang berhampiran dengan Putrajaya – Warung Tapak Sulaiman / Warung Bunian. Harga nasi lemak disini ialah RM2.00 sahaja (telur dadar atau telur mata).

Tak boleh datang sini selalu sangat cz jadi macam gian nak makan sokmo hahaha. Salina agak terkejut dengan harganya yang murah iaitu RM2 sahaja untuk sepinggan. Order untuk satu pejabat, cuma RM20 sahaja jumlah bayarannya. Aku bagitahu dia, memang murah makan kat sini. Sampaikan aku buat ayat sarkastik, RM20 tu kalau kat tingkat atas, untuk seorang je. Tapi kat tingkat bawah, RM20 tu untuk satu pejabat hahahaha.

image

Selain daripada makan pagi, Warung Tapak Sulaiman ini pun ada membuka pesanan untuk makan tengahari. Bezanya, kalau nak makan tengahari kat sini kene call buat tempahan dulu. Harga untuk sekepala ialah RM14. Im not sure, harga sebelum ini berapa. Tak ingat.

image

See, Jalan Jalan Cari Makan TV3 pun pernah datang sini. Boleh rujuk gambar diatas untuk mengetahui waktu operasi kedai makan ini. Emmm, kalau free, boleh lah aku datang makan tengahari kat sini ahaks. Especially hari sabtu.

Nak kata free pada hari biasa tu macam susah nak jangkakan hahahaha. Priority dik….

Pengsan 10 kali haha.