BELI MAKANAN KUCING JENAMA EQUILIBRIO 25KG

image

Beberapa minggu yang lepas, aku memborong makanan kucing jenama Equilibrio 25kg yang dijual pada harga RM325. Kat mana belinya? Haruslah beli di Dewi PetShop yang terletak di Bazaria Pantai, Kerinchi KL.
image

Nak beli barangan keperluan kucing ini tak perlu pergi je kedai-kedai yang nampak selesa/mewah/vogue bagai. Gigih dari Putrajaya ke Kerinchi semata-mata nak beli pada harga yang sangat berbaloi berbanding harga pasaran :).

image

Kedainya biasa-biasa sahaja. Tapi serba serbi cukup – boleh bayar guna kad kreadit gitew 😉 hebat bukan?
image

Selalunya, setiap kali pergi beli barang kat sini memang akan terus memborong. RM500 memang tak kurang. Demi anak anak kucing u ollzzz. Insyaallh, rezeki diorang. Emmm, macam pada malam itu, aku memilih untuk membeli Equilibrio 25kg, cat litter 40L dan bekas saiz XL.

Adalah habis dalam lingkungan RM570 camtu. Stok untuk 4 bulan (bergantung).