Mee Tarik Warisan Asli IOI CityMall Putrajaya

Restaurant Mee Tarik Warisan Asli sudah buka cawangan di IOI CityMall Putrajaya. Jika dahulu, gigih memalam drive ke Bandar Baru Bangi semata-mata nak makan mee tarik, kini tidak lagi lah kot.

Sesambil nak tengok wayang kat GSC situ, boleh lah menyinggah isi perut makan mee tarik goreng / sup dulu.

Servis disini lebih cepat berbanding cawangan di Metro Points Kajang. Menu yang disajikan pun sama juga.

Ermm rindu pulak nak makan mee tarik di Bandar Baru Bangi. Entah menu yang ditawarkan sama seperti dahulu atau semakin sedikit.

Cuba tengok kat website diorang. Ada peluang perniagaan yang boleh diusahakan.

Ala-ala franchise kot.