MAKAN DI JOHNNY’S RESTAURANT, ALAMANDA PUTRAJAYA

image

Aku baru sahaja balik makan dari Johnny’s Restaurant, Alamanda Putrajaya. Issssshhhh, risau gak asyik makan malam sokmo. Tu yang jz order makanan yang ringan-ringan.
image

Ini kali ketiga aku makan steamboat di Johnny’s. Nak pergi Steamboat Antarabangsa/Red Wok, rasa macam malas je nak pergi Bangi. Tu yang pergi je kat Johnny’s.

Aku ambil set B untuk 2 orang makan + beberapa jenis fishball. Order sedikit demi sedikit. Agak-agak rasa macam lapar lagi, tambah je order.
image

Nah kau, ingatkan ambil order sedikit sahaja. Sekali sampai, terus bertingkat tingkat hahaha.
image

Terkedu sebentar melihat susunan bekas tu. Banyak plak aku order hahaha.
image

image

image

Lama tak makan Steamboat. Sangat teruja OK haha.
image

Alhamdulillah kenyang. Bagi aku, tambah tolak darab bahagi, pergi mana mana restaurant steamboat pun harga lebih kurang.

CHICKEN BOTI KABAB WITH MENDY RICE

image

Jumaat malam sabtu nie, ramai warga Putrajaya yang telah ‘pulang’ ke kawasan mengundi masing masing (agaknya).Sunyi sepi je kawasan sekitar rumah aku. Selalunya parking kereta penuh memanjang. La ni, dah macam cuti hari raya haji je hahahaha.

Alang alang lengang je nie, ada baiknya makan nasi arab di Mr Kebab and Briyani Presint 15. Aku agak lapar malam ni. Sedih.
Continue reading CHICKEN BOTI KABAB WITH MENDY RICE