SIGNATURE DRY IPOH CHICKEN HOR FUN OLDTOWN WHITE COFFEE

image

Malam semalam, buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Old Town White Coffee Alamanda Putrajaya. Selama ini memang teringin sangat nak makan kat sini. Tapi asyik dok ada halangan je. Lagipun menu makanan kat sini + harganya nampak agak kurang menarik perhatian aku. Alasannya, masih ada lagi beberapa alternatif lain yang aku boleh pergi huhu. Pengsan.

image

 

Time aku singgah makan tu pun dah nak masuk jam 8.00 malam. So, malas nak order berat-berat. Tu yang order ringan-ringan je tu. Haaaaa ringan lah sangat : Singnature Dry Ipoh Chicken Hor Fun dan juga Signature Assam Laksa.

image

image

Aku rasa, tak bole masuk dengan rasa Signature Dry Ipoh Chicken Hor Fun. Macam rasa ayam yang dicelur dengan air panas + mee yang dicicah dengan kicap cair. Pengsan 100 juta kali time tu juga huhu.

Rasa assam laksanya biasa je pun. Cz selama ini pun aku memang suka order menu ini ahaks. Diorang macam guna ikan sardin je untuk assam laksa ini. Layankan ajer. Malam-malam, makan benda yang masam memang masyuk.

Bertuahlah sangat.

BERBUKA PUASA DI TGI FRIDAY, ALAMANDA PUTRAJAYA

image

Syukurlah nak,aku berjaya berpuasa 9 dan 10 Muharam. Ini adalah pertama kali aku berpuasa sunat pada bulan Muharam. Alhamdulillah 🙂 Emmmm, tak tahu esok nak sarapan apa hahahaha.

Plannya hari ini nak berbuka puasa di rumah sahaja. Tapi Salina tetiba ajak untuk berbuka puasa bersama dengannya di luar. Gigih pakcik memikirkan nak makan apa. Last2, makan kat TGI Friday je. Ini adalah kali kedua aku makan kat sini. 1st time aku makan kat Pavilion KL.
image

Terima kasih kepada Salina yang sudi meneman kitorang berbuka puasa hari ini. Menceriakan suasana dan sangat positif. I like.

image

Aku tak pandai dan tak tahu nak order apa. Ambil sahaja mana-mana yang difikirkan berkenan. Last last kitorang order Tennessee New York and Shrimp, Championship BBQ Chicken dan Grill Carribien Wings dan bottomless ice lemon tea. Agak takut nak order banyak cz takut tak habis.
image

image

image

Not bad dan sangat sedap rasa dagingnya. Aku suka dengan cara daging ini dimasak dan sosnya. Tak perlu makan dengan sos cili. Not sure diorang guna perencah / bahan grill yang macam mana. Tapi, memang sedap. Pemilihan menu yang tepat dan lazat.

Next time, mungkin aku akan datang sini lagi 🙂 Emmm, Salina suka makan sushi tak? Lupa nak tanya. Yeah, pakcik lama tak makan sushi 🙁 Jom teman boleh? Huhu.