MAKAN DI REDCARD CAFE BANDAR BARU BANGI

image

Lewat petang tadi, aku dan Salina dok makan lewat petang di RedCard Cafe Bandar Baru Bangi. Plan asalnya nak makan di Wong Solo. Tapi penuh plak kat restoran itu. That why aku decide makan sahaja di RedCard Cafe yang terletak tidak jauh dari Wong Solo. Salina kata, dia dan Syafikah / Aween sokmo makan disini. Sedap katanya. Aku pun anggukkan ajer loorrr hahaha.

image

 

Konsep jalan-jalan cari makan aku mudah je. Dimana ada ramai orang, disiti aku singgah. Kalau Salina tak introduced kat aku, memang tak pergi punya aku kat RedCard Cafe ini. Dari luar macam tak ada orang sangat. Plus, nampak macam mahal je gayanya.

Tapi jangkaan aku meleset belaka. Masuk dalam dan tengok menu yang dihidangkan memang not bad harganya. Lebih kurang harga makan-makan ditempat lain juga. Lagipun, Salina ini pandai memilih tempat / makan. So, aku memang percaya dengan citarasa tekak dia huhu.

image

image

 

Kitorang order Tomyam Ayam + Nasi + Kuew Tiaw Goreng Udang camtu. Not Bad juga rasanya. Tomyam dia pekat dan lazat. Harga tomyam ayam dia 9termasuk nasi) ialah RM10.90 kalau tak silap. Kalau amik tomyam seafood, harganya RM12.90 camtu ( kalau tak salah).

image

image

 

Dekorasi hiasan dalaman kat dalam RedCard Cafe ini pun not bad. Dari luar pun kita boleh nampak dapur diorang macam mana. So, boleh usha-usha lah jugak tahap kebersihan restoran ini. Memang bersih.

Aku suka benar dengan rasa tomyamnya yang pekat + masam tu. Ohhhh, next time kalau ada masa lebih, memang boleh lepak lama sedikit kat sini. Kecur air liur dibuatnya hahaha.

image

YOGEN FRUZ BANDAR BARU BANGI

image

Minggu lepas, dok makan malam di Wong Solo Bandar Baru Bangi. Huhu, dari hari ke hari aku rasa macam.makin faham akan jalan jalan di Bandar Baru Bangi ini ahaks. Secara tidak sengaja, ternampak kedai Yogen Fruz ini.

Dok bersebelahan je pun. Nampak macam menarik. That why, sebaik sahaja habis makan ayam penyet di Wong Solo, kitorang terus terjah ke Yogen Fruz ini. Nak try
Continue reading YOGEN FRUZ BANDAR BARU BANGI