Makan Sedap di Restoran Nasi Kukus Tok We

Cuti semester selalu digunakan untuk melakukan aktiviti peribadi. Buat urusan setup business baharu, uruskan rumah dan banyak lagi. Senang cerita, rasanya hidup aku lebih huru hara dan costly berbanding pada waktu semester pengajian aku sedang berjalan. Letih kehidupan.

Sekarang ini, tiap hujung minggu, pasti akan datang menjengok rumah di Lenggeng. Kawasan kampung dan tak sangka hijau benar kawasan sekelilingnya. Terletak berhampiran dengan hutan simpang (kalau tak silap).

Selalunya aku akan pergi pagi sebab mahu elak kesesakan di pekan ala koboi Semenyih. Jalan kecil dan banyak lampu isyarat. Kajang – Semenyih – Beranang – Lenggeng. Haaaa, lebih kurang inilah kawasan yang akan aku lalui dari tempat tinggal sekarang menuju ke rumah kedua (cheh).

Pergi dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kekenyangan yang puas. Sebabnya? Aku akan menyinggah makan di Cafe Nasi Kukus Tok’ We. Lokasinya di Beranang dan bersebelahan dengan MARA Japan Industrial Intitute yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang.

Baca: Makan Tengahari Di Cafe Nasi Kukus Tok Wan

Susun atur kedai sangat kemas. Konsep yang menggamit citarasa aku. Untuk pertama kalinya, aku order makan menu signature mereka – Nasi Kukus Tok’ We. Harganya cuma RM8.40 sahaja. Air pula, aku cuba air lemon (kalau tak silap).

Bagai pengalaman aku tatkala pertama kali makan disini? Sangat puas hati dan terpesona. Jadi gian nak makan lagi. Nasinya dihidangkan dalam keadaan panas. Lebut teksturnya. Ayam dan kuah kari pula enak. Sangat kena dengan selera si pencinta kari seperti aku. Rasa pedasnya terasa. Sangat seronok makan. Kenyang yang puas.

Aku rasa, inilah nasi kukus paling sedap aku rasa setakat ini. Kenapa ek? Sebab selama ini order makan nasi kukus tapau bawa balik rumah. Laaa ni order dan makan di kedai. Haruslah terasa aroma keenakannya.

Servis pula cepat. Tak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan.