Makan di Nasi Kandar Haji Ramli, Alor Setar Kedah

Selalunya nasi kandar popularselalu dikaitkan dengan mamak. Tapi berbeza pula di Kedah, ada juga restoran nasi kandar popular yang dipunyai dan dimasak oleh orang melayu. 

Pertama kali aku mengetahui akan kepopularan dan kesedapan nasi kandar Haji Ramli ini ialah daripada Fazli. Katanya restoran ini membuka cawangan di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor (buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang). Katanya tukang masak kat cawangan Seksyen 13 Shah Alam ini ialah Chef Mohd Nabil Md Salleh – Pengacara Menu Alam TV al Hijrah.

https://www.instagram.com/p/BRNXJYHDWzA/

Setakat ini, sudah dua kali aku datang makan kat Restoran Nasi Kandar Haji Ramli, Simpang Empat Alor Setar Kedah. Waktu operasinya ialah dibuka dari pukul 11 pagi hingga 10 malam (setiap hari). Semua informasi ini aku dapat dari Google. Kalau google salah, aku pun salah ler hihi.

Memang wajib masuk dalam senarai tempat makan sedap di Alor Setar Kedah.

https://www.instagram.com/p/BSS0RfxDwBu/