Makan di Gayang Seafood Restaurant

Selalunya kalau ke Sabah, kami hanya akan fokus kepada kawasan sekitar pusat bandar Kota Kinabalu sahaja. Tak pernah nak jejalan hingga ke pinggir bandar.

Secara kebetulan, kali ini aku oustation di Tuaran. Duduk pulak kat Grand Borneo, Kota Kinabalu. Memang satu pengalaman baru untuk aku.

Lepas habis je kerja rasmi, kami dibawa makan-makan orang rakan Sabahan di Gayang Seafood Restaurant. Kedudukannya agak tersorok. Tak jauh dari Politeknik Sabah / INTAN Sabah.

Kami ikut je orang sini bawa makan. Katanya popular. Aku pun buat carian di Google. Yup, review kebanyakkannya positif.

Woww..besar dan luas. Meja pun banyak. Orang yang datang makan kat sini pun ramai. Maknanya, memang port makan besar tengok gayanya.

Kami teruja tengok ikan, kerang, udang, ketam etc yang ada di akuarium. Maknanya, makanan yang dihidangkan memang segar belaka.

Geram pula tengok benda hidup nie. Hurmmm, ikutkan hati nak je order tiram. Tapi segan nak order. Tak pernah-pernah mengorder. Takut tak habis hihi.

Ikan masak nyonya kalau tak silap. Katanya hanya ada di sini sahaja. Sedap dan manis-manis pedas. Ikan pula memang segar. Terasa kekenyalannya.

Ini namanya siput tarik. Popular dikalangan penduduk dan bos aku pun suka makan. Pengsan.

Selalunya makan ala ala siput sedut je. Haaa kau, kali ini tengok siput besar macam nie. Macam siput babi kelihatannya. Aku pun gagahkan diri konom boleh makan. Dalam hati, tuhan sahaja yang tahu huhu.

Cantik dan kreatif. Keladi rebus/kukus lepas tu dilenyek dan dibentuk mencari mangkuk. Lepas tu ditengahnya diisi dengan sayur. Kreatif dan terasa keenakannya. I like.

Nah kau, kami makan menu-menu ini. Kesemuanya sedap dan berasa enaknya. Cukup rencah dan rasa. Dari air sampai kepada makanannya. Memang puas hati yang amat.

Jus belanda yang pekat. Terasa isinya. Kalau dihidangkan sejuk, memang terangkat.

Punyalah bagus servis diorang, air pun bagi free. Siap boleh refeal lagi katanya. Pelayan tu bagitau, kalau pelanggan lambat menunggu dan haus, boleh ambil je. Self service katanya.

Not sure air jug yang kami order tu berbayar atau diberikan secara percuma atau tak.