Kat Park N’ Ride Sungai Besi, ada pelbagai kiosk makanan. Antara yang paling kami gemar kunjungi adalah Dayang Corner. Nyum Nyum Nyum sedap menu yang diorang ada. Kami suka Mee Kolok dan Nasi Kukus diorang. Sedap!!!
Minggu lepas, rasa nak tukar selera jap. Apakata pergi makan di kiosk yang lain pula. Tu yang kami singgah cuba makan di Warung Pak Ya. Terletak agak tersorok di belah belakang.
Makcik tu yang beria nak merasa. Aku makan mana-mana okay je.
Kami order nasi paprik, nasi goreng USA dan Kuew Tiau Tomyam. Tapi sebelum tu, kami order Somtam. Emmmm, rasa somtam nya sedap. Berasa semuanya.
Boleh lah lepas ni datang sini kalau nak makan goreng-goreng. Kat area office nie tak ada choice sangat. Tu yang kene ‘berhijrah’ jauh sikit kalau tekak nak makan menu lain.