BELI EQUILIBRIO 25 KG

image

Untuk kali keduanya, kami beli 25kg lagi Equilibrio for adult.  Makanan kucing ini semakin popular dikalangan breeders kucing macam aku. Takkan nak guna Royal Canin untuk membela 11 ekor anak kucing hahaha.

Kalau tak silap aku, 25kg yang aku beli sebelum ini tahan sampai 6 bulan rasanya. So memang jimat habislah kan dengan harga RM325 – RM350.

ANAK KUCING MULA MAKAN

image

Anak anak kucing sudah mula makan makanan keras + minum air masak + susu dalam kotak. So, fasa kritikal dalam membesarkan baby kucing macam sudah lepas.

image

Memang dah boleh bagi makanan basah / dalam tin / ayam rebus rasanya nie. Kene pastikan diorang membesar dengan sihat, cergas dan comel. Gitew lah dia.

image

MAKANAN KUCING JENAMA EQUILIBRIO

image

Sudah menjadi lumrah dunia kot, samaada kucing atau haiwan. Dimana sahaja orang akan bercerita pasal makanan yang semakin lama semakin mahal. Yeahhh, same goes to kucing. Setiap pembela kucing kalau boleh nak bagi anak anak kucing yang dibela tu, makanan terbaik pada harga yang berbaloi. Bayangkan harga RC tu average RM250 untuk 10kg. Macam aku nie ada 5 ekor kucing, mau sengkek setiap bulan nak beli huhu.
Continue reading MAKANAN KUCING JENAMA EQUILIBRIO

MAKANAN KUCING ROYAL CANIN

Makanan Kucing Royal Canin – Aku agak kekok sebenarnya dengan diet pemakanan kucing jenis parsi / persia / persian ini. Mengada-ngada nak makan makanan yang mahal. Betul tak? hihi gurau je. Di awal penjagaan cici, pernah juga bagi dia makan jenama Science Plan. Tapi budak ini tak mahu makan…pengsan. Tetap mahu makan makanan dari jenama Royal Canin dek kerana sejak lahir lagi khabarnya pemilik asalnya memang bagi makan dari jenama ini. Pengsan lagi

SciencePlan

Mula-mula itu memang janggal jugaklah dengan longgokan jenis-jenis makanan kucing dari jenama Royal Canin ini. Banyak kot jenis jenisnya. Kekadang itu, nak beli makanan di kedai pun keliru.

Google sana sini + jalan jalan cari pasal di kedai Pet Shop.

Di Malaysia ini seakan kurang penerangan di Internet mengenai makanan kucing jenama Royal Canin ini. Lagi lagi yang berbahasa Melayu. Ohhhh sedih.

Daripada pemahaman, pemerhatian, google dan pengalaman sendiri – Berikut merupakan 7 jenis makanan kucing daripada jenama Royal Canin yang aku tahu.

Continue reading MAKANAN KUCING ROYAL CANIN