Kedai Barangan Keperluan Kucing Murah

Korang beli barangan keperluan kucing dimana? Jenis yang suka belian secara sedikit atau beli banyak terus?

Aku sekarang ini beli 7 + 2 ekor kucing. Jadinya, haruslah membeli pada kuantiti yang banyak. Di kawasan sekitar Bangi – Kajang – Putrajaya nie banyak je kedai menjual barangan keperluan kucing. Lebih-lebih lagi Bandar Baru Bangi. Memang banyak sangat kedai menjual barangan keperluan haiwan peliharaan khususnya kucing.

Aku pun salah seorang pembeli setia diorang. Idoklah setia mana. Kalau terdesak sangat, aku pergi belilah. Tapi, kalau nak memborong barangan dalam kuantiti yang banyak memang akan pergi ke Melaka.

Gigih sangat sokmo ke Melaka. Sambil makan makanan laut dan Roti Naan Cheese, boleh lah memborong barangan keperluan kucing.

North South East West Aquarium nama kedainya. Nama je ‘aquarium’, tapi tengok barangan jualan memang lebih kepada barangan keperluan kucing. Agaknya permintaan pembeli lebih kepada kucing kot berbanding ikan.

Senang je nak pergi sini. Zaman sekarang nie, dengan adanya Google Maps memang senang. Kedainya susah nak masuk parking sebab bersebelahan dengan jalan utama.

Diorang claim kedai diorang ni menjual makanan kucing termurah di Melaka. Benak fikiran aku, termurah di Malaysia kot haha. Sebab aku sudah ke hulu hilir pergi kedai barangan keperluan kucing. Dapatannya ialah, harga yang diorang jual sangat murah hokey.

Contohnya Dormeo’s ni kalau kat Lembah Klang, harga paling murah yang aku dapat ialah RM114. Tapi kat Melaka aku dapat RM98 sahaja. Harga runcit yang disarankan ialah RM135 kalau tak silap aku (untuk 10kg). Haruslah aku beli dua terus.

Sebelum ini pun harga Royal Canin lat sini tersangat murah. Memang purata habis ratusan ringgit dan kekadang cecah ribu juga lah. Tapi oleh kerana aku nak jimat, tukar jenama makanan terus.

Harga pasir kat sini pun not bad. Sangat kompetitif. Layanan pekedai pun bagus. Mesra pelanggan. Tengok gaya macam pemilik je. Tidak kekok membeli disini.

Emmm, sebelum ini ada juga pembantu kedai yang agak kasar tingkah laku. Tapi macam sudah tak ada. Sabar je lah.

BORONG EQUILIBRIO UNTUK ANAK KUCING

image

Silap perkiraan rasanya haritu cz borong makanan kucing jenis dewasa banyak sangat. Sedangkan, kat rumah aku banyak anak kucing lagi + memang menternak kucing pun.

Semalam, aku dok memborong equilibrio for kitten ini dengan harga rm15 sekilo. Aku ambil 9 kilo terus ahaks. Sambil membeli tu aku sebenarnya usha sedikit demi sedikit konsep perniagaan diorang. Otak business sangat u olllzzz.

Tengah demand jenama makanan kucing ini. Sampaikan aku terpaksa ambil repack punya. Im the lucky one cz beli tepat pada masanya hahaha.

Murah sangat lah tu kan kalau dapat harga rm15 sekilogram untuk equilibrio for kitten. Ada ke kedai kucing yang jual lebih murah daripada harga ini?

EQUILIBRIO FOR KITTEN

image

Aku punya 6 ekor kucing dewasa dan 1 ekor anak kucing. Dek kerana 1 ekor anak kucing ini, aku kene bagi kesemua mereka jenis makanan untuk anak kucing. Kenapa? Saiz biskutnya lebih kecil + senang dihadam + kandungan protein yang lebih tinggi.

Si anak kucing Bubble tu tak dapat nak makan makanan kucing dewasa (saiz biskut agak besar). Tiap kali buang air besar, mesti cair sokmo. Letih nak bersihkan bontot dia.

image

Lepas dia makan makanan yang memang khusus untuk kitten, najis dia keras + bulat bulat. So, kira normal dan selesai masalah.

Aku beli Equilibrio for Kitten ini RM145 sahaja 🙂 Harga asal boleh jadi mencecah RM180 – RM200 lebih bagi setiap 10kg. Hujung bulan ini nak beli lagi 10kg as a stok. No more packaging 10kg after this. Diorang reduce kepada 7.5kg kalau tak silap. Katanya nak sesuaikan dengan jenama lain / pesaing.