Pembuangan buah zakar (Castration)
Kebaikannya :-
- Mengurangkan sifat agresif dan kecenderungan untuk kencing merata-rata.
- Kurang risiko untuk merayau, bergaduh dan dilanggar kereta.
- Mengelakkan risiko barah buah zakar dan kurang risiko penyakit berjangkit seperti FIV dan FeLV (Leukemia Kucing)
Umur Sesuai : 6 bulan / 1 Kg keatas
Apa yang perlu dibuat sebelum itu?
- Pastikan semua suntikan pelalian telah selesai dibuat
- Puasakan kucing anda 12 jam sebelum hari pembedahan.
- Jangan sesekali beri makanan dan air kerana risiko masuk ke dalam peparu sekiranya kucing anda termuntah semasa dibius.