SELEPAS MEMANDULKAN KUCING

image

Kesian anak kucing jantan aku yang seekor ini. Sudahlah tak ada yang nak berkawan, pastu di mandulkan pula huhu. Sedih dan hiba rasanya.

Agak susah juga nak jaga dan melayan karenah anak kucing jantan yang baru dimandulkan. Aku plak ambil dia dari klinik sehari lebih awal. Alang alang ambil hiroki, aku terus minta kebenaran untuk ambil ottet sekali. Senang, malas nak ulang alik.

Doktor suruh kurung dia dalam sehari dua sebelum dibiar lepas. So, aku pun follow je lah kan. Bersebab rupanya nasihat doktor tu. Sehari selepas aku ambil ottet, dia berak cair. Biasalahkan, pantang berak cair, tahi dia mesti akan melekat kat bulunya yang panjang tu. Terlampau banyak sampaikan dia tak boleh jalan macam biasa.

Aku apa lagi, tanpa fikir panjang terus masak air + pakai sarung tangan getah + ambil shampoo untuk mandikan dia. Kesian, luka / sakit kene mandulkan masih terasa kot.

Bayangkan, aku mandikan anak kucing yang dalam kesakitan tu seorang diri. Memang kene biasakan. Take time juga aku nak pujuk / tenangkan dia untuk mandi. Gigih ok aku bersihkan dan keringkan bulu dia.