MANDULKAN ANAK KUCING JANTAN

image

Cuti hujung minggu ini aku tersangat sangat gunakan untuk menguruskan anak anak kucing kesayangan aku. Kesian diorang, kurang kasih sayang sejak kebelakangan ini.

Seperti yang telah dirancang, oleh kerana ottet (rocky) akan dihantar ke rumah makcik bibah, so memang kene mandulkan terus. Senang untuk makcik tu jaga anak kucing ini di kampung.

1st time aku hantar anak kucing aku untuk dimandulkan. Tak tahulah macam mana perubahannya nanti. Insyaallah semuanya selamat huhu. Kos untuk mandulkan kucing jantan aku ini ialah RM85 sahaja. Klinik haiwan yang aku pergi ini buat promosi memandulkan anak kucing. Im not sure berapa harganya kalau diorang tak buat promosi.

PEMANDULAN KUCING JANTAN

Pembuangan buah zakar (Castration)

Kebaikannya :-

  • Mengurangkan sifat agresif dan kecenderungan untuk kencing merata-rata.
  • Kurang risiko untuk merayau, bergaduh dan dilanggar kereta.
  • Mengelakkan risiko barah buah zakar dan kurang risiko penyakit berjangkit seperti FIV dan FeLV (Leukemia Kucing)

Umur Sesuai : 6 bulan / 1 Kg keatas

Apa yang perlu dibuat sebelum itu?

  • Pastikan semua suntikan pelalian telah selesai dibuat
  • Puasakan kucing anda 12 jam sebelum hari pembedahan.
  • Jangan sesekali beri makanan dan air kerana risiko masuk ke dalam peparu sekiranya kucing anda termuntah semasa dibius.