MENU MAKAN TENGAH MALAM

image

Agak lapar dan rasa bluurrrrr. So, apa lagi. Aku pun masak dan makan di tengah malam yang bahagia ni. Esok cuti sempena hari Malaysia huhu.

Aku masak sotong lemak dan makan dengan kacang panjang, cili kampung dan petai as ulam. Sabar je lah kan. Inilah padahnya kalau stok bahan basah ada kat rumah. Tangan mesti akan rasa menggatal nak masak je. Kurang setengah jam masak, dah siap.

Syukulah MNM, dulu kecik2 mak ko paksa masak. Now dah besar jadi pandai masak pulak hahaha.

SAMBAL IKAN SARDIN

image

La dah teringin nak makan sardin 🙂 baru hari ini aku berkesempatan nak masak sendiri di rumah. Nak mengharapkan makan kat luar, ada je yang tak kene huhu. Biasalah, nafsu manusia memang sukar untuk dijangka. Gitew.

Pagi tadi aku tak breakfast, so terus makan tengahari je. Tu yang terus masak untuk makan tengahari – 11 pagi lebih hihi.

Rindunya nak balik kampung selalu dan makan masakan mak aku. Walaupun hanya sekadar ikan masin, telur goreng, sayur bening dan sambal tumis – aku tetap rasa teramat puas makan. Sampai bertokok tambah 🙂

Masakan mak memang super duper lebih sedap berbanding masakan di hotel/restoran mana2 sekalipun.

IKAN SALMON MASAK LEMAK & CENCARU POSTUGIS GRILL

image

Aku seakan malas nak makan luar sekarang ini. Sudah 2 kali makan luar, 2 kali itu jugalah aku seakan tidak puas hati dengan keenakan masakan yang dihidangkan. Pertama kali aku makan buffet di Kelab Tasik Putrajaya dan keduanya di 10 Binjai PNB Darby Park KL. Harga yang ditawarkan tak sesuai dgn apa yang disediakan. Pengsan.

Continue reading IKAN SALMON MASAK LEMAK & CENCARU POSTUGIS GRILL