PERTAMA KALI MASAK IKAN PATIN TEMPOYAK

image

Pertama kali masak ikan patin dan pertama kali juga masak gulai tempoyak. Pengsan 100 juta kali u ollzz. Ini semua secara kebetulan cz Puan Daliza bagi ikan patin nie Khamis lepas. Katanya dia tak makan ikan patin. Agaknya lah kot.

Aku pulak gigih pergi pasar borong selangor untuk beli bahan bahan masakan untuk masak gulai tempoyak ikan patin ini. Nak tahu resepinya? Google sahaja. Bezanya disini ialah aku tambah serai. Ini pun cz atas khidmat nasihat Kak Sal dan Kak Zue. Katanya untuk hilangkan hanyir + bau yang lebih sedap. Agaknya lah kot.

Apapun, sebelum itu aku memang rendam dahulu ikan patin dengan air limau. Alah, banyak je petua untuk hilangkan hanyir ikan : gaul dengan air asam jawa / gaul dengan tepung gandum. Macam itulah ceritanya dik oiiitt.

image

Syukurlah, akhirnya siap jugak gulai tempoyak ikan patin aku itu. Senang dan mudah je pun. Rasanya, masakan aku ini pun tak kurang hebatnya ahaks. Sedap, lazat dan secukup rasa. Aku buat pekat sedikit kuahnya. Yummy.

Menjadi juga akhirnya kan. Untunglah dapat laki macam aku ini. Dahlah hensem, kacak, comel pastu pandai masak. Sujud syukur terus.