Alhamdulillah, aku berjaya juga mengerjakan ibadah puasa sunat sempena 9 Muharam 🙂 Tinggal sehari je lagi. Esok kene puasa lagi sempena 10 Muharam ahaks.
Aku berbuka puasa di Bumbu Desa, Alamanda Putrajaya. Dari hari itu nak makan kat sini. Baru hari ini berkesempatan nak singgah makan ahaks.
Suasana tempat makan gelap lah pulak. Walaupun dah kene edit pun tetap sama je hasilnya. Tak banyak beza. Itu lah kan. Gatal sangat nak duduk tempat gelap huu.
Aku order lauk Gulai Daun Singkong, Pepes Ayam dan Talapia Pesmol.
Emmmm, makanan yang di order nampak macam tak berapa nak fresh / sedap. Macam masakan yang sekadar dihangatkan semula. Moral of the story, jangan datang makan kat sini pada waktu petang / malam.
Lucky manager tu bagi discount sehingga 30% tadi hahaha. 10% cz harga ahli dan 20% lagi cz regular customer katanya. Pengsan.
Untunglah. Rezeki berpuasa hari ini. Alhamdulillah. Esok nak buka apa ek?