RUMAH TIDAK BOLEH PASANG UNIFI

IMAG2157

Gigih hari ini aku ambil cuti semata-mata untuk orang datang pasang unifi dirumah. Tapi hasilnya amat mengecewakan. Technician itu tidak boleh nak install unifi di rumah aku. Katanya ada masalah wiring  untuk kabel unifi. Kedua – dua kepala telefon yang ada di rumah tidak boleh pakai. Sentap betul dikkk.

Ulang alik diorang check di bilik riser. Semua OK. Memang sah lah wiring problem di rumah aku ini. Aku bawa sendiri technician itu jumpa orang management. Orang management itu kata akulah orang 1st yang mengadu pasal unifi. Kemudian orang technician itu pula kata, kat Tiara Parkhomes ini memang bermasalah dengan unifi-nya. Tidak laju dan tidak stabil. Yang OK, boleh lah. yang tidak OK pula seakan tiada solution.

Technician itu kata dibawah dia sendiri ada 6 tempat yang dia kene handle. Tidak termasuk technician lain. Katanya lagi, kebanyakan penduduk (pelanggan unifi) kat sini mengadu kepada TM dan TM minta technician selesaikan. Logik lah kan. Semua masalah settle jika wiring dipasang dengan betul. Lagi? Ada rumah yang OK dan ada rumah yang tidak OK. Im not sure samaada jiran satu blog / satu aras dengan aku ini sudah install unifi atau belum.

Pihak pengurusan pula kata, semasa diorang membuat perancangan membina kondo ini memang tiada lagi teknologi fiber untuk unifi ini. Katanya dalam plan asal pun untuk wayar astro diorang tak ada pada awalnya. Sabar je lah.

Lagi? Wayar untuk unifi yang diorang pasang ini sebenarnya untuk telefon sahaja. Bukan untuk unifi atau streamyx. Kuat propa pakcik ini. Aku 5 tahun dulu dah pakai streamyx dan rumah kuarters di Putrajaya pun boleh pakai Unifi. Jadi rumah ini dibina tahun 80an ke? Siap awal tahun 2014 dikkkk. Anggaran bina dlm masa 2 tahun. Jadi pukul rata, start pembinaan tahun 2002. Takkan lah streamyx pun tak boleh fikir. Tak paham dibuatnya.

Solution yang technician itu bagi ialah buat wiring direct ke rumah. Tapi masalahnya kene tebuk dinding depan rumah jiran-jiran. Aku pun tak nampak celah dinding mana yang boleh ditebuk. Beli mahal-mahal tapi bermasalah. Tak boleh terima. Sabar dan redha je lah.

Pasrah je lah terpaksa pakai wireless broadband digi.

MASALAH UNIFI

Sebelum ini aku ada buat entry berkenaan dengan masalah  UNIFI dirumah aku. Tadi malam call follow up dan pagi tadi pun ada buat call follow up lagi. Cz aku menagih janji respond 24 jam mereka.

Mati kutu tak ada internet dan tv di rumah wooooo

Kemudian, dalam masa area 1 jam lebih selepas itu ada technician call dan cakap akan datang rumah dalam masa 5 minit camtu. Yup, memang datang rumah dalam masa yang dikatakan.

Jadi apa masalahnya? Katanya wayar kat rumah pencawang kat bawah rumah aku tu longgar. Pengsan jap. . . Dek kerana wayar longgar, aku tak boleh tgk tv dan xda internet area 24 jam.

Sabar je lah. Apapun, thx cz datang ek En Technician. Nak bagi minum air or makanan. . . Tapi puasa. Hihi

UNIFI 102004

Unifi kat rumah aku macam asyik bermasalah sahaja sejak kebelakangan ini. Aku ingat service unifi ini lebih baik daripada streamyx. Tapi macam lebih teruk je. Selain daripada capaian intetnet yang lebih laju. . . Apa lagi yang boleh dibanggakan?

Pertamanya, katanya capaian internet atau tv tidak akan terganggu tatkala hujan. Ahhh. . .omongan sahaja. Aku tengok kalau hujan lebat sedikit, pasti akan ada sahaja masalah internet connection yang berlaku di rumah aku. Mungkin janji mereka itu hanya mencakupi hujan renyai renyai kot.

Keduanya, kekadang kalau aku tengok tv dan pada masa yang sama aku pun guna internet via wayar. . .connection pada tv akan jadi stuck / tersekat sekat. Aku sebenarnya jarang jarang guna internet via wayar. Lebih banyak guna wifi je. Tapi average paparan tv tersekat sekat tiap kali aku guna internet via wayar + tgk tv adalah area 2 per 5. Ini anggaran peribadi aku untuk situasi aku sendiri. Orang lain aku tak tahu. Take note.

Ketiganya, aku ada buat report untuk teknikal problem pada penghujung bulan 6 yang lepas. Alhamdulillah, pagi report dan dalam tengahari tu technician datang rumah. Lama jugak lah diperbaiki. Nampak macam susah sahaja nak solve the problem. Kesian plak tengok. But now, awal bulan 8 nie. . Aku menghadapi masalah yang lebih kurang sama. Aku tidak boleh buat panggilan + tidak boleh tgk tv + tidak boleh surf internet.

Error code ialah 102004

Continue reading UNIFI 102004