MASJID AL HIDAYAH SENTUL

image

Cantik dan kemas Masjid Al Hidayah Sentul nie. Kekadang, kalau aku drive sendiri untuk berkursus di Sentul, aku akan datang awal sedikit dan kalau sempat aku solat dhuha jap kat sini. Kalau sempat lagi, aku baca yassin. Adalah jugak beberapa orang yang lepak kat dalam sini. Join sekaki sokmo. Pengsan.

Minggu lepas, aku tengok ramai orang plak kat Masjid ini. Ingatkan ada majlis or kelas mengaji. Rupanya, baru aku perasan ada kematian rupanya. Dulu aku takut dan menggigil tengok jenazah. Tapi since ada pengalaman dengan arwah nenek aku dulu, perasaan itu hampir tiada lagi.

MASJID ULUL ALBAB SEBERANG JERTIH

230597_476144859109116_1289623669_n

 

Terengganu memang terkenal dengan senibina masjidnya yang gah / cantik / unik / penuh dengan ciri ciri kemelayuan. Seni ukir kemelayuaannya memang hebat dan unik.

Khabarnya Masjid Ulul Albab ini juga dikenali sebagai masjid kayu. Aku diberitahu bahawa, masjid ini dibina dengan menggunakan kayu cengal. HEBAT!

Continue reading MASJID ULUL ALBAB SEBERANG JERTIH

12 MASJID DI HO CHI MINH CITY VIETNAM

Sebagai orang Islam,sudah semestinya makanan halal dan masjid merupakan salah satu perkara utama yang perlu diambil kira sebelum sesuatu perjalanan itu dimulakan. Jadi, aku tidak mahu perjalanan ke HCMC kelak sedikit terganggu gugat dek kerana perkara ini.Lagi-lagi kali ini pergi bersama orang tua. Kene pastikan segalanya berjalan lancar.

Kalau kita google tentang Saigon atau Kota Ho Chi Minh, memang susah untuk kita cari keterangan tentang masjid di Ho Chi Minh City ini. Data yang ada disitu pun cuma menyebutkan populasi umat Islam adalah kurang dari 2%. Berikut merupakan taburan penduduk HCMC berdasarkan kepada anutan agamanya : Buddha 80%, Katolik Roma 11%, Protestan 2%, lain-lain (Cao Dai, Hoa Hao, Islam , Hindu, Baha’i) 2%, dan tidak ada agama atau tidak diketahui 5%.

Continue reading 12 MASJID DI HO CHI MINH CITY VIETNAM