INDONESIA KEPADA MELAKA DAN JB

Semalam, finally aku decide untuk cancel percutian pelancongan jimba jimba ke Jakarta / Bandung Indonesia pada 4 hingga 7 Oktober nie. Alasannya, tiada keperluan mendesak + harga tiket hanya RM0.10 shj + mahu fokus kepada Ho Chi Minh Vietnam pada nulan Januari dan Mei nanti + kumpul duit untuk 2nd trip business kain pasang 🙂

Aku ada saudara disana. Dan of cz ada some pusaka disana yang suatu hari nanti akan aku jejakkan kaki juga disana bersama keluarga. Insyaallah

Jadi istilah melancong harus ditukar kepada istilah melawat 🙂 Oneday

So, sebagai ganti. . . Plan mahu jimba jimba kat Melaka dan Johor Bharu. Jimat kos sana sini. Hahaha. . . Boleh r tumpang rumah sapa2 kat sana. Pengsan

Insyaallah gak, kalau jadi pada hujung tahun ini pun akan ada rombongan Cik Kiah ke Kedah – Our Ex Staff kahwin 🙂 Time tu pun boleh meronggeng sana sini kat belah utara. Sebenarnya, aku banyak jgk r jimba sana sini. Tapi tu r, mykeledek tak wujud lagi time tu. Sedikit terlewat. . . .

PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA

Sebelum ini aku ada buat entry berkenaan Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2012 dan juga hasil pembelian berbaloi Sharp Air Purifier yang dibeli disini.
Imprezzz. . . Tetiba dapat call dari kawan rupanya di Melaka pun ada buat Program Jom Beli Barang Raya jugak. Dan sewaktu dalam perjalanan menuju ke Plaza Tol Pagoh tadi pun, aku ada nampak juga bunting berderet digantung ditiang tiang lampu. Rupanya di Pagoh pun ada dibuat jualan murah seperti ini. Aku ingatkan di Putrajaya sahaja. Rupanya KPDNKK pun ada buat program yang seumpama ini dibanyak tempat. OK lah tu. . . .

image
Jom Beli Barang Raya MITC MELAKA
image
MITC MELAKA

Continue reading PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA

MELAKA

Dahulu, semasa kecil kecil lagi..Melaka merupakan destinasi impian jalan jalan aku. Syok what ada banyak tempat menarik dan bersejarah yang boleh dilawati. Negerinya kecil tapi ada banyak tempat boleh pergi. Hebat bukan?

image
melaka

image

Pakcik aku stay di Melaka now. Alang alang selalu menyinggah di Melaka, bolehlah aku buat apa apa entry tempat tempat menarik di Melaka lepas nie.

Sebenarnya banyak je tempat menarik dan syok yang pernah aku pergi. Tapi nak buat camne, seru nak buat blog tak ada lagi. Huhu. . .so, lets do it again. At least ada catatan peribadi disitu. Nyum nyum

image

MUSIM DURIAN

Tak sangka musim durian start dari belah selatan. Time lalu highway kat area johor, banyak je lori yang angkut durian menuju ke lembah klang / utara. Geram tengok. Aku masih lagi tidak berkesempatan untuk memakan / membeli durian. Geram betul 🙂

Lucky tadi aku singgah sebentar ke rumah pakcik aku. Dapatlah juga merasa kuah durian. Makan dengan roti / lempeng ahaks. Sedap jugak. Katanya guna durian jenis 101. Mesti best kalau dapat makan Mao Sang King pulak. Huhu

Sebenarnya kat area rumah di kampung aku ini dulu memang ada tanam pokok durian. Aku sendiri memang menjaganya. Tapi, Nak buat macam mana aku sendiri berjalan sana sini, jarang balik kamping, banjir.. Tu yang pokok tu mati. Cerita lama..

Lagipun kat kampung ni siapalah yang ada. Masing masing bagi 1001 alasan. Rumah semak pun dibiarkan..rumput panjang bagai. Pemalas. Buat perkara mudah pun xmahu. Hurmmmm semua mahu diketuk satu satu. Buat decision pun lambat..xcergas langsung.

Posted from WordPress for BlackBerry.