KUCING JANTAN YANG MEMILIH

image

Pening kepala dengan si jantan Hiroki yang sangat memilih untuk mengawan. Bayangkan, si betina Socky dan Cici yang chantek tu langsung tak dilayannya. Sudah banyak kali Socky dan Cici On Heat + menggoda Hiroki, tapi dia langsung tak layan.

Aku ada tanya kat doktor haiwan. Katanya, memang macam tu perangai kucing jantan yang dipelihara + manja —> Memilih untuk mencari pasangan untuk mengawan.

Kekadang, aku cuba kurung si betina dan jantan ini dalam satu sangkar. Hurmmm, langsung tak menjadi. Sabar je lah dik.

TIPS MEMILIH BUFFET RAMADHAN

Genap 1 minggu lagi bulan ramadhan. Semoga ramadhan kali ini akan lebih baik daripada yang sebelum sebelumnya. Insyaallah.

Lupakan sebentar Eyriqazz vs Denaihati

Aku tidak pasti bagaimana dengan orang lain. Tapi, bagi aku dan orang orang yang aku kenal dan aku tengok. . . Ramadhan di bandar lebih banyak dipenuhi dengan tawaran tawaran buffet ramadhan dari restoran biasa hinggalah ke hotel hotel bertaraf bintang bagai. Ada sahaja promosi, daya tarikan dan keunikan yang ditonjolkan. Kadang kadang naik geram pun ada gak. Cz puasa kan. . geram tengok juadah makanan dan minuman yang pelbagai itu.

Susah sebenarnya nak pilih tawaran promosi buffet ramadhan yang benar benar berbaloi. Pada pandangan aku, antara aspek aspek utama yang perlu di ambil kira ialah :-

1. HARGA
Pastikan berbaloi harga yang dibayar itu dengan keenakan/jenis juadah yang disediakan.

2. KEDUDUKAN / JARAK
Pastikan kedudukan atau jarak restoran / hotel dari tempat kediaman / rumah tidak terlalu jauh. Biasanya waktu petang di bulan ramadhan memang akan sentiasa berlaku kesesakan lalu lintas yang over khasnya di lembah klang. Kalau ada public transport macam LRT lagi bagus.

3. REVIEW
Rajin rajinlah buat research kat internet atau kenalan berkenaan hotel / restoran yang nak kita pergi tu. Kalau ramai yang kata sedap. . kira OK lah tu. Kene ingat, ada sesetengah tempat tu tahun sebelumnya sedap dan tahun semasa tak sedap pulak. That why kene buat reseach betul betul. Aku pernah kene. . Oh sedih

4. STATUS HALAL
Pastikan tempat makan yang ingin kita tuju tu sudah dapat Sijil Halal daripada JAKIM. Kalau Pak JAKIM dah kata halal tu, memang halal r tu. Kene yakin dan percaya dengan dia 😉

5. KETUA TUKANG MASAK
Aku selalunya akan tengok dan semak dulu siapakah ketua tukang masak di tempat yang ingin aku tuju. At least aku tahu, makanan yang disediakan disini diseliakan oleh saudara seagama dengan aku. Secara langsung dan tidak langsung, adalah menjadi tanggungjawab dia untuk pastikan makanan yang disediakan disitu terjamin kesucian dan kehalalannya. Insyaallah