KESIAN DENGAN SOXIE

image

Aku kesian dengan kucing betina aku yang seekor ini – Soxie Batrisyah Alawiyah. Si Jantan Hitam Hiroki tak mahu mengawan dengan dia. Tak taste katanya.

Gigih aku dok jadi orang tengah untuk buat Hiroki berkenan dengan Soxie. Sampai sekarang aku tidak berjaya. Gigih suruh Hiroki bau bontot Soxie yang asyik dok terangkat angkat itu. Tetap tak berjaya juga.

Haiii, nasib kau lah Soxie. Mulut kau busuk sangat kot. Hahaha.

MENGAJAR KUCING JANTAN MENGAWAN

image

Setakat ini, aku sudah berjaya mengawankan hiroki dengan Mia dan Orange J. Mia memang sudah confirm bunting. Cuma Orange J je yang aku tak yakin sangat samaada dia sudah bunting atau tidak. Perut Orange J tak nampak besar sangat macam perut Mia. Takut-takut Orange J nie feeling feeling bunting je hahahaha. Aku syak dia bunting nie pun cz dah masuk sebulan dia tak menggatal.

Now aku sedang ajar Hiroki untuk mengawan dengan Cici Esmidar Gonzales dan Soxie Batriayah Alawiyah pula. Nampak gaya Hiroki macam tak taste dengan budak 2 ekor ini. Tu yang aku cuba satukan mereka hihi. Macam mana caranya? Aku pujuk Hiroki bau bontot betina 2 ekor ini hahahaha.