MIA SUDAH KENE KE?

image

Nampak banyak bulu-bulu bertaburan kat rumah. Mia & Hiroki main lagi agaknya tadi malam. Tapi Mia nampak steady je. Selalunya kalau lepas main, bau badan kucing betina akan berbau hancing kencing jantan. Nie dia tak ada bau apa apa pun. Cuma nampak haus nak minum air. Tak menyabar nak minum air.
image

Pastu, adik beradiknya yang lain pun nak minum sekali. Gigih menunggu giliran haha.

Mia ini kene perhatikan sedikit cz jenis yang nakal dan suka mencakar. Haritu dek kerana tak menyabarnya, habis bekas air tu tumpah. Lepas diperhatikan, memang sah…mia punya kerja.
image

Aku rasa macam nak belikan satu lagi bekas minum air kucing yang ada filter. Tunggu lah tahun depan camne hihi.

Apapun, tak sabar rasanya nak melihat adegan adegan lucu antara Hiroki dan 4 ekor kucing betina kat rumah nie nanti. Ahaks

TAK TAHAN DENGAN MIA

image

Aku lama lama tak tahan dengan Mia nie. Kalau dilayan sangat, mahu sakit jiwa aku dibuatnya. Ada je benda pelik pelik yang dibuatnya. Now aku bukak je tingkap dan biarkan je dia keluar tingkap. Lantak dia lah nak buat apa kat luar tu. Rasa macam dah tak ada perasaan kalau apa apa tejadi kat dia. Jahat sangat perangainya tu.

Marah banyak kali pun sama je perangainya. Nie, tak pernah pernah masuk bawah tikar, dia plak gatal masuk. Kucing tak ada kerja memang macam tu.

Yang buat aku tension tu, kawan kawannya yang lain akan ikut apa dia buat. Tailong betul Mia nie.

SELALU KENE KACAU

image

Ish, budak budak ni suka sangat mengacau aku buat menda. Pantang dok menghadap PC, mesti diorang pun akan dok bertenggek kat atas meja samaada depan monitor or keyboard.

Tak puas dengan tu, yang lain lain plak dok main wayar mouse dan lari sana sini. Penat bermain, makan pastu buang air. Aiiiii, sabar je lah.

Tak puas bermain kejar kejar, mula lah Mia menggatal nak main panjat tingkap plak. Suka sangat mengajar adik beradiknya yang lain buat benda buka bukan. Haruslah aku cakar dia balik.

SAKIT HATI DENGAN ANAK KUCING

image

Kalau ikutkan hati, nak je aku rendam si anak kucing bernama Mia ini dalam tong besar. Pastu dalam tong tu aku nak letak ikan sepat banyak banyak. Biar dia kene gigit dan padan muka terus. Jahat benor. Suka sangat panjat aquarium aku. Daripada 2 aquarium, now jadi satu. Ini semua dek kerana dia yang dok suka kacau, panjat dan bla bla bla.
Continue reading SAKIT HATI DENGAN ANAK KUCING