Maksud Mimpi Gigi Patah, Gigi Tercabut atau Gugur

Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka. Terdapat 3 jenis mimpi :-

  • Gambaran yang diciptakan Allah sebagai alamat kepada perkara lain sama ada yang akan datang ataupun yang sudah berlalu.
  • Gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur.
  • Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau menyedihkannya.

Waktu yang paling benar mimpinya ialah:-

  • Malam: Pada waktu sahur. Ini kerana waktu tersebut rahmat dan keampunan dari Allah dan diamnya syaitan.
  • Siang: Pada waktu ‘qailulah’ (waktu yang disunatkan tidur sebelum tergelincir matahari; bermakna masuknya waktu solat Zuhur).

Tafsir / Maksud Mimpi Gigi Patah, Gigi Tercabut atau Gugur

Mimpi gigi patah

Alamat tidak baik. Itulah pandangan orang alim tentang mimpi gigi patah.

Mimpi gigi yang dalam keadaan sihat dan kuat

Melambangkan samada harta, pekerjaan atau anak-anak yang memberikan kebaikan.

Mimpi gigi yang sakit atau gigi tercabut

Ilmuwan berpesan supaya segera bermohon kepada Tuhan minta keampunan dan kesejahteraan. Mimpi gigi sakit atau tertanggal itu katanya peringatan atau petanda suatu perkara buruk akan menimpa.

Mimpi gigi patah dan jatuh ke tangan

Akan beroleh harta.

Mimpi gigi tercabut sebelah atas

Akan terjadi kematian di kalangan anggota keluarga sebelah atas seperti ayah, ibu, datuk atau nenek.

Mimpi gigi patah atau tercabut sebelah bawah

Kematian di kalangan anggota sebelah bawah seperti anak, isteri, cucu atau saudara kandung yang lebih muda usianya.