Mimpi Orang Mati

mimpi orang mati

Kekadang, aku pasti akan bermimpi berkaitan dengan kematian / mimpi orang mati dalam pelbagai situasi dan keadaan. Aneh dan hairan. Sesaja ingin mengetahui apakah maksud atau tafsir mimpi orang mati itu :-

Mimpi Orang Mati

Tafsir Mimpi melihat sebuah proses kematian.
Anda akan menyesal akan sesuatu perkara yang sangat besar dan serius.

Tafsir Mimpi melihat diri anda meninggal.
Anda akan memasuki lanjut usia, karena umur anda yang sudah tua (Insyaallah panjang umur)

Tafsir Mimpi seolah-olah anda mati, kemudian hidup lagi.
Anda mempunyai dosa, kemudian diberi kesempatan untuk bertaubat. Segala hajat anda yang diidamkan selama ini akan termakbul dan tercapai.

Tafsir Mimpi menghadiri sebuah perjumpaan, kemudian menemui keranda jenazah.
Salah seorang kerabat atau kenalan akan menemui ajal.

Tafsir Mimpi melihat diri anda meninggal dan menjadi mayat, lalu melihat kain kafan anda sangat putih.
Anda telah mencapai darjat manusia yang baik.

Tafsir Mimpi sedang menghadapì kematian, sedangkan anda sebenarnya tidak bersedia untuk mati.
Anda akan bertaubat kepada Allah atau akan diberikan jalan untuk bertaubat setelah melakukan dosa dan kemaksiatan.

Tafsir Mimpi dijemput oleh seseorang berjubah putih.
Anda akan mendapatkan rahmat dari Allah Swt. dan diberi kesempatan untuk bertaubat

Tafsir Mimpi melihat banyak ulama yang meninggal.
Terdapat banyak kemerosotan dalam ibadah anda

Tafsir Mimpi melihat banyak kuburan.
Akan terjadi huru-hara dalam sebuah negara di mana anda tinggal.

Tafsir Mimpi diri bercakap dengan orang mati.
Cita-cita dan perkara yang diusahakan menjadi gagal.

Tafsir Mimpi melihat orang mati atau orang yang telah mati.
Anda akan mendapatkan bantuan yang tidak disangka-sangka ketika keadaan sulit.

Tafsir Mimpi melihat roh keluar dan terbang.
Anda akan dibukakan jalan.

Tafsir Mimpi diajak orang pergi ke kuburan.
Anda akan memperoleh sebuah anugerah atau kekayaan.