Choc Banana Split Juice Works

Pada asalnya aku agak berfikiran skeptikal terhadap JUICE WORKS nie. Macam pelik je konsep minuman yang diorang jual. Sebabnya, aku adalah pencinta minuman Chatime / TeaLive huhu. tapi, pandangan aku tu bertukar 360 darjah selepas dapat kupon free hasil daripada larian malam tahun baru di Mutiara Damansara. Gigih aku joint orang beratur untuk redeem kupon percuma. Nak order apa pun aku tak tahu. Oleh kerana aku suka pisang dan chocolate, jadinya aku pun order je Choc Banana Split. Time tu ada promosi beli satu percuma satu. Gitu lah gamaknya.

Time terasa terpaksa beli sebab kupon free kan. Tapi, lepas rasa Choc Banana Split tu, aku tak henti-henti menyedutnya. Terasa segar dan sedap yang amat hahahaha. Matilah naqqqqq.

Hasilnya, sekarang ni selalunya aku membeli di Juice Works IOI City Mall tu untuk melepas gian.

Menu lain aku tak pernah cuba lagi. Tapi, tengok gaya macam ramai je yang order minuman berasaskan lobak. Entah what kind of carrot yang diorang buat aku pun tak tahu. Next time boleh lah mencuba.