Salah Faham Masyarakat Terhadap Kucing

1. Kucing Ada Sembilan Nyawa

Kita percaya kucing mempunyai sembilan nyawa. Namun, sebenarnya apabila kucing jatuh dari tempat tinggi, sistem keseimbangan kucing membolehkannya mendapat dengan menggunakan kaki.

2.Kucing Yang Dibela Di Rumah Tidak Perlu Di Vaksin

Kebanyakan jangkitan penyakit bawaan bakteria, virus, fungus dan yang seangkatan dengannya adalah berpunca daripada persekitaran tempat tinggal. Kebarangkalian kucing yang tinggal di rumah untuk saling berjangkit juga tinggi jika terdapat lebih daripada seekor kucing yang tinggal bersama. Jadi, vaksin adalah cara selamat untuk mencegah sebarang kemungkinan mendatang

3.Wanita Mengandung Tidak Boleh Pegang Kucing

Boleh je, asalkan tidak bersentuhan dengan najis kucing yang mengandungi sejenis parasit bernama Toxoplasma Gondii. Ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Selagi berhati-hati dan menjaga kebersihan selepas mencuci pasir kucing akan mengurangkan risiko ini. Namun, untuk memudahkan urusan ada eloknya mengelak dari melakukan aktiviti berkaitan. Ataupun, hantar je kucing kita untuk dibela sementara oleh kenalan atau keluarga terdekat.

4.Kucing Perlu Minum Susu Setiap Hari

Kalau nak beri minum pun, beri je kepada anak kucing dan bukannya kucing dewasa. Sekiranya anak kucing tidak muntah atau cirit birit, bermakna susu itu sesuai untuknya. Kebanyakan kucing dewasa memberi tindak balas negatif terhadap laktosa yang terdapat pada susu. Namun, banyak je produk di pasaran sekarang ini yang tidak mengandungi laktosa. Kebanyakannya dihasilkan daripada susu kambing.