HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #6

Dengar pengumuman raya di radio. . . YES, esok raya hahaha. Syukur tahun ini dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Tahun ini, aku sembahyang terawih dirumah sahaja. Kadang sembahyang sendiri dan kekadang sembahyang secara berjamaah dengan housemate aku. Pengsan

Klu boleh, nak try puasa 6 pulak nanti hihi. Tapi, boleh ke puasa tu dinamakan puasa 6 kalau bilangan hari kita berpuasa itu tak cukup 6. Macam mana pahala puasa 6 itu dikira?

Emmm. . . Aku sangat tension dengan jawasan sekeliling aku. Bising dengan dentum mercun sana sini. Rimas dan rasa terganggu pun ada. Ditambah lagi dengan bunyi motor kapcai yang ditekan tekan minyak. Hello adik adik semua. . Ko ingat dah cukup macho sangat ke kalau bunyi motor ko tu kuat? Meh aku campak korang semua dalam parit.

Pakcik aku ada cerita, kat kampung sebelah ada orang tua yang sakit hati sangat dengan budak budak motor kapcai ini. Dikejarnya sorang sorang sampai ke rumah. Pastu ditamparnya sorang sorang. Padan dengan muka korang!!!

Hairan, apa ke faedahnya ko pusing dari kampung ke kampung dan pada masa yang sama ko tekan tekan minyak. Bingit telinga ok dengar bunyi ekzos motor korang. Mak bapak korang tak ajar korang cara hidup beradap ke?